Liberal biadab dengan ilmuan Islam

 

1. Berhubung isu tudung yang lalu, sebahagian Liberal dengan angkuh mengkritik al-Imam al-Syafie. Mereka cuba memburukkan al-Syafie dengan memetik pandangan yang jarang dibincangkan bagi membina persepsi buruk terhadap al-Imam.

2. Islam amat menitik-beratkan adab terutama adab bersama ulama. Golongan salafussoleh terdahulu amat menjaga Adab bersama dengan ilmuan. Mereka adalah pewaris Nabi yang meneruskan kelangsungan tugas dakwah.

3. Hasan Al Basri menukilkan bagaimana beliau ternampak Ibn Abbas memimpin (memegang tali tunggangan) Ubai bin Kaab sehingga Ubai merasa segan lalu berkata: Wahai Ibn Abbas, sesungguhnya engkau adalah sepupu Rasulullah dan aku hanyalah lelaki Ansar. Ibn Abbas lalu berkata:

إنه ينبغي للحَبْرِ أن يُعظَّمَ ويُشرَّفَ

Sesungguhnya seorang ilmuan itu seharusnya dipandang tinggi dan dimuliakan.

4. Bahkan, sebahagian salaf melihat bahawa menghormati ulama ini adalah sebahagian daripada sunnah. Kata Tawus ibn Kisan:

من السنَّة أن يوقَّر العالِم

Sebahagian daripada Sunnah itu adalah memulakan orang alim.

5. Ini tidak bererti orang alim tidak boleh di kritik pandangannya. Saidina Umar pernah di tegur berhubung isu meletakkan mahar yang tinggi (kadar tertentu). Cadangan Umar di tegur oleh seorang wanita lalu beliau membacakan ayat ke 20 dari Surah al-Nisa.

Mendengar teguran tersebut, Umar lantas insaf dan menerima pandangan wanita itu dan berkata dengan rendah diri:

اللَّهُمَّ غَفْرًا، كُلُّ النَّاسِ أَفْقَهُ مِنْ عُمَرَ

“Ya Allah, ampunkanlah diriku. (Nampaknya) Semua orang lebih berpengetahuan dari Umar.” (Tafsir Ibn Kathir)

Lihatlah bagaimana wanita Muslimah juga boleh menegur pemimpin dan ilmuan Islam tetapi dengan Adab yang baik.

6. Inilah yang membezakan Muslim dengan golongan Liberal. Kritikan yang mereka lontarkan seakan tidak menitik beratkan soal adab.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts