Mahkamah AS kekal larangan perjalanan dari beberapa negara Islam

 

WASHINGTON – Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS), semalam memberikan Presiden Donald Trump satu daripada kemenangan terbesar dalam pentadbiran beliau apabila mengekalkan larangan perjalanan ke atas beberapa negara Islam dan menolak hujah bahawa ia mewakili diskriminasi agama yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Dalam keputusan berpihak lima berbanding empat itu menamatkan saingan sengit di mahkamah sama ada dasar itu adalah larangan ke atas Islam yang menyalahi undang-undang.

Mahkamah berpendapat bahawa pencabar telah gagal untuk menunjukkan bahawa larangan itu bertentangan dengan undang-undang imigresen AS atau larangan pindaan pertama Perlembagaan ke atas kerajaan yang memihak kepada satu agama yang lain. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts