KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sedang mengkaji sebelum memutuskan kebenaran majlis berbuka puasa di masjid dan surau di negeri ini sepanjang Ramadan tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, M Rozi Bidin berkata, kajian secara menyeluruh terutama membabitkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, sedang dilakukan.
Katanya, MAIDAM sedang menunggu garis panduan khusus untuk majlis berbuka puasa di masjid dan surau di negeri ini daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM).
“Selepas memperoleh garis panduan, kertas cadangan akan dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi mendapatkan perkenan dan sebarang keputusan akan diumumkan untuk dilaksanakan.
“Setakat ini MAIDAM belum membuat keputusan dan sedang menunggu garis panduan khusus untuk majlis berbuka puasa di masjid dan surau di negeri ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut, M Rozi berkata, walaupun kes penularan pandemik COVID-19 menampakkan semakin berkurangan, tetapi SOP perlu sentiasa dipatuhi. -Berita Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)