Majlis tahlil, doa ganti sambutan ambang tahun baharu Selangor

Shah Alam: Kerajaan Negeri Selangor membatalkan sambutan ambang tahun baharu hujung bulan ini yang dirancang sejak Oktober lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program sambutan itu akan digantikan dengan majlis tahlil, bacaan doa selamat dan zikir munajat yang akan dilaksanakan di masjid di seluruh Selangor.

“Program ini akan dikendalikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kita turut menggalakkan surau serta musolla menganjurkan majlis yang sama.

“Kerajaan negeri juga menasihatkan syarikat dan orang persendirian untuk turut membatalkan sambutan itu sebagai tanda menghormati serta bersimpati dengan kejadian banjir yang melanda Selangor bermula 18 Disember lalu,” katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts