Malaysia kecam serangan Israel di Rafah

BANGI – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terkini Israel di bandar Rafah yang mengorbankan 22 rakyat Palestin, termasuk 18 kanak-kanak.

Wisma Putra dalam kenyataan menegaskan, kekejaman Israel semakin melampau kerana sama sekali tidak menghiraukan garis merah yang ditetapkan sekutunya.

“Pada bulan lalu, Israel telah diberi amaran oleh negara-negara sekutunya untuk mengelakkan dari menyerang Rafah kerana ia adalah satu kesilapan.

“Serangan ini ternyata membuktikan kedegilan Israel,” menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri itu.

Kementerian berkata, situasi di Rafah juga amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.

Katanya, sebarang serangan di Rafah akan mengakibatkan implikasi dahsyat kepada lebih 1.5 juta rakyat Palestin di tempat perlindungan sementara yang sesak di dalam kawasan hanya seluas 64 kilometer persegi.

“Pencerobohan Israel akan menyebangkan kehilangan nyawa yang semakin meningkat.

“Rafah adalah benteng dan tempat perlindungan terakhir bagi rakyat Palestin yang melarikan diri dari utara Gaza sejak 198 hari lalu. Mereka ini tidak mempunyai tempat lain untuk berlindung,” katanya.

Justeru, Wisma Putra menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus mengecam pencerobohan Israel dan mendesak permusuhan dihentikan dengan segera.

Ini termasuk mengiktiraf kenegaraan Palestin dan secara aktif mendapatkan keadilan yang telah dinafikan selama lebih tujuh dekad.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts