Maqasid Syariah: Cegah kemungkaran LGBT sebelum jadi fenomena

 

SALAH satu bab yang penting dalam tajuk Maqasid Syariah ialah Saddu Zaraik ( سد الذرائع ). Berdasarkan dalil spesifik dan analisis induktif keseluruhan al-Quran dan as-Sunnah, jelas sekali Syariah mempunyai tabiat dan sifat untuk membendung dan mencegah maksiat sebelum ianya terjadi.

Bukan sahaja Syariah menghendaki pintu-pintu kejahatan ditutup, malah pintu-pintu kebaikan hendaklah dibuka, atau disebut sebagai Fathu Zaraik ( فتح الذراىع ).

Sehubungan itu, Maqasid Syariah menghendaki kita mencegah kemungkaran LGBT sebelum menjadi fenomena.

Kawanan Gay dan Lesbian hendaklah dikumpulkan dan diberi rawatan. Bagi yang masih berdegil maka hendaklah dihukum, bertujuan supaya orientasi seks yang dilaknat Allah ini tidak merebak dan dianggap normal oleh umat Islam.

Saya tersangat yakin majoriti umat Islam masih lagi sejahtera keislamannya dan mengira Gay dan Lesbian itu songsang, perlu dirawat dan perlu dihukum jika berdegil.

Tetapi kerajaan hari ini, yang menang atas undi tonggak orang-orang bukan muslim -yang tidak kisah pasal hukum Islam dalam isu LGBT- serta puak liberal bersama anak-anak muda jahil tapi bersemangat untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi Najib, (kerajaan seperti ini) adakah mampu berbuat sesuatu untuk mencegah maksiat dilaknat ini?

Pada hari ini, fenomena Gay semakin menyerlah, semakin berani, melalui media sosial, terutamanya twitter. Individu yang menganjurkan majlis untuk golongan Gay pun mahu diangkat sebagai pegawai menteri. Itu tidak termasuk pejuang LGBT yang diangkat sebagai ahli Parlimen. Bahkan banyak jika mahu disenaraikan.

Tidakkah semua itu sudah mencolok mata menteri? Tidakkah itu sudah cukup untuk dilakukan tindakan-tindakan pencegahan berdasarkan Maqasid Syariah?

Sesiapa sahaja boleh mengambil pendekatan liberal yang dengan sendirinya memangkinkan pejuang liberalisme (Syiah, LGBT, ajaran sesat pun tumpang dua tiga kaki) di negara ini, untuk menang pilihanraya, jika itulah keputusan mereka.

Tetapi mengangkat slogan Maqasid Syariah sambil membawa pendekatan liberal (yang memangkinkan pejuang liberalisme, syiah, LGBT, ajaran sesat dan sebagainya), adalah satu tindakan menjual agama.

Jelas terbuktilah bahawa NUNJI yang mengangkat slogan Maqasid Syariah hanyalah “political”, muslihat yang tiada kejujuran di sebaliknya, kempen politik yang tiada upaya melaksanakannya.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts