Martabat al-Quran, hidupkan sunnah

SHAH ALAM – Seramai 50 mualaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Selangor bakal diraikan dalam Majlis Khatam al-Quran 3.0 Sinar Islam Plus yang dianjurkan sempena sambutan Nuzul al-Quran pada Khamis ini.

Pengarah projek, Muhamad Tarmize Mohd Nor berkata, peserta dipilih dari kalangan saudara baharu dan majlis itu akan meraikan mereka yang berjaya menghabiskan bacaan kalam suci ALLAH sebanyak 30 juzuk.

“Sebelum ini Sinar Islam Plus membawakan 32 orang kurang upaya cacat penglihatan dan 15 kanak-kanak, namun kali ini kita menampilkan golongan mualaf untuk diraikan.

“Mereka merupakan saudara Islam yang mendapat hidayah ALLAH dan berusaha sendiri untuk mempelajari Islam dan al-Quran. Sudah tentu banyak cabaran yang dihadapi mereka,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata, semua peserta akan dibimbing oleh Pensyarah Jabatan Syariah, Universiti Islam Selangor (UIS), Mohd Rasyidi Ali untuk bacaan al-Quran, manakala Syafiq Raffiqin Liow dijemput sebagai penceramah.

Menurutnya, Majlis Khatam al-Quran 3.0 Sinar Islam Plus akan disiarkan secara langsung menerusi semua platform media sosial rasmi Sinar Harian dan Facebook Sinar Islam Plus, Sinarplus, Sinar Bestari, Sinar Daily, My #Qurantime serta #Quranhour.

“Besarlah harapan kami agar majlis ini dapat memberi manfaat dan keyakinan khususnya kepada semua peserta untuk berhadapan dengan masyarakat.

“Orang ramai turut dijemput untuk bersama-sama mengikuti majlis ini secara langsung yang dibawakan oleh Sinar Harian sebagai usaha memartabatkan al-Quran, sekali gus menghidupkan sunnah,” ujar beliau.

Majlis Khatam al-Quran 3.0 Sinar Islam Plus bertemakan ‘Tinta Emas Mencipta Generasi Taqaddum’ diadakan di Studio Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, bermula jam 5 petang pada 28 Mac ini.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts