Pada hari ini, banyak kita melihat suasana umat sedang diratah serta dipukul dengan sangat teruk hingga menyebabkan sebahagian umat Islam berasa putus asa. Mereka putus asa tatkala melihat golongan batil terus menghinjak umat ini hampir daripada seluruh sudut dalam seluruh bidang. Umat seolah-olah terus berada dalam keadaan nazak.
Hendaklah kita ingat, betapa teruk keadaan yang kita hadapi pun, berputus asa bukanlah sifat seorang mukmin.
“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. (Surah Yusuf : 87)
Atas dasar itulah jika kita perhatikan dalam Sirah Rasulullah SAW, baginda secara berterusan menanam sifat optimis dan yakin dengan an-nasr (kemenangan) dalam jiwa sahabat. Walaupun adakalanya keadaan yang wujud ketika itu langsung tidak memihak kepada kebenaran. Sahabat RA dididik bahawa isu an nasr ini adalah sebahagian isu aqidah bahkan hendaklah diyakini serta diimani Allah swt berkuasa untuk merubah keadaan ini dalam sekelip mata jikalau Dia kehendaki.
عَنْ خَبَّابِ بْنِ الأَرَتِّ رضي الله عنه، قَالَ: شَكَوْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، وَهُوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ فِي ظِلِّ الكَعْبَةِ، قُلْنَا لَهُ: أَلاَ تَسْتَنْصِرُ لَنَا، أَلاَ تَدْعُو اللَّهَ لَنَا؟ قَالَ: «كَانَ الرَّجُلُ فِيمَنْ قَبْلَكُمْ يُحْفَرُ لَهُ فِي الأَرْضِ، فَيُجْعَلُ فِيهِ، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُشَقُّ بِاثْنَتَيْنِ، وَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الحَدِيدِ مَا دُونَ لَحْمِهِ مِنْ عَظْمٍ أَوْ عَصَبٍ، وَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَاللَّهِ لَيُتِمَّنَّ هَذَا الأَمْرَ، حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ، لاَ يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ، أَوِ الذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ، وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ».
Daripada Abi Abdillah Khabbab ibnu Al-Arat r.a telah berkata kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada di bawah bayangan kaabah : “ menangkanlah kami, doakanlah kami ? ” maka baginda menjawab : “ Sesungguhnya sebelum kamu terdapat lelaki yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam, kemudian didatangkan dengan sebilah gergaji diletakkan diatas kepalanya dan menggergaji sehingga dipotong dua, mereka yang disikat dengan sikat besi – sehingga bercerai daging dan tulangnya-, tetapi perkara tersebut tidak dapat menghalangnya daripada agamanya, sesungguhnya Allah akan menebus perkara ini sehingga manusia boleh berpergian dari son’a ke Hadramaut tanpa rasa takut kecuali kepada Allah dan serigala terhadap ternakannya,
tetapi kamu tergesa-gesa. ” (riwayat Bukhari)
Perkara sama juga dilakukan Baginda terhadap Adi bin Hatim pada awal hari-hari keislamannya (ketika itu ramai sahabat sedang disiksa dengan teruk). Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
«فَإِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ، لَتَرَيَنَّ الظَّعِينَةَ تَرْتَحِلُ مِنَ الحِيرَةِ، حَتَّى تَطُوفَ بِالكَعْبَةِ لاَ تَخَافُ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ»
“Jika umur engkau panjang, engkau akan saksikan wanita daripada al-Hirah datang ke Mekah, melakukan tawaf dalam keadaan tidak takut terhadap sesiapa melainkan kepada Allah SWT.”
وَلَئِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ لَتُفْتَحَنَّ كُنُوزُ كِسْرَى»
“Jika umur engkau panjang, engkau akan saksikan terbukanya kota istana serta harta karun kisra.”
وَلَئِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ، لَتَرَيَنَّ الرَّجُلَ يُخْرِجُ مِلْءَ كَفِّهِ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ، يَطْلُبُ مَنْ يَقْبَلُهُ مِنْهُ فَلاَ يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهُ مِنْهُ»
“Jika umurmu panjang, niscaya engkau akan melihat seorang laki-laki mengeluarkan emas atau perak sepenuh kedua telapak tangannya, dia mencari orang yang akan menerimanya, lalu dia sama sekali tidak mendapati seorang pun yang mau menerimanya darinya.”
Ketika mana Adi bin Hatim menceritakan hadis tersebut d isuatu zaman setelah kewafatan Baginda SAW, beliau menambah:
“Lalu aku melihat seorang wanita yang melakukan perjalanan dari (kota) al-Hirah hingga dia melakukan thawaf di Ka’bah tanpa ada rasa takut kecuali kepada Allah, dan aku adalah termasuk orang yang membuka harta simpanan Kisra bin Hurmuz, dan jika kalian berumur panjang, niscaya kalian akan melihat apa-apa yang dikatakan oleh Abul Qasim (Nabi) Shallallahu ‘alaihi wa sallam, (yaitu) orang yang menyerahkan (emas) sepenuh telapak tangan.”
Banyak lagi hadis serta kisah sirah yang mengambarkan bagaimana kuatnya kepercayaan Sahabat terhadap perkara ini. Lalu tanamkanlah dalam jiwa kita sesungguhnya an-nasr itu adalah sebahagian daripada aqidah kita yang dipegang kemas dalam jiwa kemudian diterjemahkan pada kata-kata serta perbuatan kita.
Kemenangan Islam itu pasti, cuma menjadi persoalan adakah kita akan menjadi sebahagian daripada kelompok tentera yang menjadi asbab kemenangan tersebut?
Hendaklah kita sentiasa ingat! Hidayah (petunjuk) itu akan lahir apabila kita menyerahkan ketaatan menyeluruh kepada-Nya!
وإن تطيعوه تهتدوا
*Tulisan asal ditulis oleh Syeikh Dr Ragheb El Sargani di laman sesawan Islamstory.com
Diterjemah serta diolah oleh:
Ust Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Sumber: http://muis.org.my/2015/04/aqidah-kita-masa-depan-dunia-adalah-islam/
www.indahnyaislam.my