BAITULMAQDIS – Keputusan menutup masjid al-Aqsa bagi mengekang pandemik COVID-19 sejak Mac lalu dihentikan, apabila ia mula dibuka semula hari ini.
Media antarabangsa melaporkan, para jemaah yang memakai topeng muka dilihat memasuki pekarangan masjid berkenaan pada awal pagi menjelang waktu solat Subuh.
Pengarah masjid al-Aqsa, Omar al-Kiswani mengalu-alukan kedatangan jemaah selain menzahirkan penghargaan atas kesabaran mereka.
Wilayah Palestin dan Israel kini mula mengambil langkah untuk melonggarkan sekatan susulan penurunan kes jangkitan COVID-19. -Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Setkan ‘See First’ fb page Indahnya Islam atau ikuti telegram Indahnya Islam agar anda sentiasa dapat mengikuti pelbagai bahan-bahan menarik berkaitan kesyumulan Islam.
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)