Masjid al-Aqsa: Masyarakat antarabangsa perlu bertindak segera

 

PALESTIN – Masyarakat antarabangsa  digesa bertindak segera bagi mengelakkan keadaan huru-hara berterusan di Timur Tengah dan dunia susulan serangan berterusan Israel terhadap Masjid al-Aqsa.

Ketua Hakim Palestin, Dr. Mahmoud al-Habash yang dipetik oleh Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA) berkata Israel masih terus menghalang umat Islam beribadat dengan bebas, tanpa sebarang larangan.

Mahmoud yang juga Penasihat Presiden Palestin bagi Hal Ehwal Agama dan Hubungan  Islam, menuduh kerajaan Benjamin Netanyahu sengaja menegangkan lagi keadaan dengan menukar status bersejarah Baitulmuqaddis sejak beratus tahun.

“Tindakan Israel itu merupakan satu pencerobohan terang-terangan terhadap umat Islam dan melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Mahmoud berkata, Masjid al-Aqsa adalah hak eksklusif umat Islam dan campur tangan Israel merupakan pencabulan hak umat Islam sejagat.

Pada Ahad lepas, Israel membuka semula beberapa pintu masuk ke Masjid al-Aqsa secara beransur-ansur tetapi meletakkan pengesan logam, lawang putar serta kamera pengawasan atas alasan keselamatan.

Tindakan itu dikecam oleh rakyat Palestin sehingga mereka melancarkan “Hari Kemarahan Palestin” untuk membantah tindakan tersebut.- Bernama

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts