Masjid hanya dibuka jika kes menurun, pemberian vaksin meningkat

Kota Bharu: Kelantan hanya membuka masjid sekiranya kes Covid-19 menurun dan pemberian vaksin terhadap penduduk di negeri itu meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meminta pembukaan masjid ditangguhkan berikutan kes di negeri itu masih meningkat.

“Tuanku memohon supaya bilangan kes mesti turun dan peratus pemberian vaksin meningkat kepada 50 peratus, barulah masjid dibuka.

“Untuk memastikan kes menurun, kita memerlukan kerjasama semua pihak terutama penduduk di Kelantan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat khas Jawatankuasa Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) hanya membenarkan empat jemaah untuk menunaikan solat di masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, surau dan musala di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam perkembangan lain, Dr Izani berkata, pihaknya menjangkakan akan mengambil masa selama tiga bulan untuk melandaikan kes Covid-19 di negeri itu.

“Kita memang menjangkakan peningkatan kes selepas sambutan Aidiladha selama sebulan, namun tidak menyangka peningkatan terlalu tinggi sehingga mencecah empat angka.

“Justeru melihat kepada kes terkini, kita menjangkakan mengambil masa tiga bulan untuk melandaikan kes Covid-19,” katanya. -My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts