NEW DELHI – Ketika India berdepan dengan lonjakan kes COVID-19 minggu lalu, kumpulan muslim bertindak meringankan beban kemudahan kesihatan dengan membantu pesakit kritikal melalui bekalan oksigen dan tempat tidur.
Bantuan itu termasuk mengubah masjid menjadi pusat rawatan kepada kira-kira 50 pesakit COVID-19, seperti di masjid Jahangirpura di barat kota Vaddara, Gujerat.
“Dalam beberapa hari setelah pembukaan kemudahan itu, semua 50 tempat tidur dipenuhi sehingga dapat anda membayangkan bagaimana tekanan dialami di hospital,” kata pemegang amanah masjid itu, Sheikh Irfan.
Beliau berkata, pihaknya akan menambah 50 kemudahan tempat tidur lagi sekiranya bekalan oksigen berfungsi.
Jumlah jangkitan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 13 hari terakhir susulan penduduk di beberapa buah negeri terus menderita akibat kekurangan tempat tempat tidur serta bekalan oksigen di hospital.
Selasa lalu, India melaporkan 323,144 jangkitan baharu menjadikan perbezaan jumlah jangkitan dengan Amerika Syarikat sebanyak 17.6 juta kes.
Kementerian Kesihatan India turut melaporkan 2,771 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir, di mana kira-kira 115 penduduk di negara itu menderita penyakit tersebut setiap sejam.
Pakar turut menjangkakan bahawa angka jangkitan mungkin akan meningkat.
Gujarat yang juga tempat kelahiran Perdana Menteri, Narendra Modi adalah salah satu negeri paling teruk terjejas di India.
Negeri itu melaporkan hampir 1,500 kes dan lebih 150 kematian pada Selasa. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)