Masjid kem pelarian Rohingya di India diroboh?

 

NEW DELHI – Polis dan pihak berkuasa sivil di ibu negara India merobohkan sebuah masjid sementara di sebuah kem Rohingya beberapa minggu selepas kebakaran besar melanda penempatan itu.

Masjid yang dibina daripada kepingan terpal dan buluh, dirobohkan kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan hari ini, di kem yang terletak di kawasan Madanpur Khader di New Delhi.

Hampir 300 pelarian, yang kebanyakannya melarikan diri daripada tindakan keras tentera di negara jiran Myanmar – yang majoriti Buddha – memberitahu Al Jazeera struktur itu dirobohkan walaupun mereka meminta pihak berkuasa untuk tidak melakukannya.

Etnik Rohingya yang majoriti muslim berkata, mereka dibiarkan tanpa tempat untuk beribadah.

Menurut pelarian yang dikenali sebagai Mohammad, 33, perobohan itu bermula sejam selepas solat sunat Fajr di masjid.

“Pada awalnya, mereka merobohkan tandas dan bilik air, mencabut pam air tangan dan kemudian merobohkan masjid – semuanya dalam masa 10 minit,” katanya.

Katanya lagi, ketika pelarian berusaha untuk memprotes, pihak berkuasa sebaliknya mengatakan bahawa mereka adalah ‘pendatang asing tanpa izin’ yang tinggal di kem dengan ‘menceroboh tanah’.

Seorang pegawai di balai polis Kalindi Kunj yang berdekatan memberitahu Al Jazeera bahawa struktur yang dirobohkan itu bukan sebuah masjid, sebaliknya hanya sebuah pondok.

Dia enggan menjawab soalan lebih lanjut. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts