Masjid seluruh Maghribi diarah lakukan solat Istisqa’

 

RABAT: Rakyat Maghribi, yang bergantung kepada sektor pertanian diarah melakukan solat Istisqa’ memohon hujan hari ini di masjid seluruh negara itu, menurut perintah kuasa diraja yang dikeluarkan.

“Air menjadi semakin sukar. Kami perlu menggali lebih dalam untuk menemuinya,” kata Presiden Persekutuan Pengeluar Maghribi, Houcine Aderdour, yang juga peladang oren di wilayah Souss di selatan negara itu.

Seperti jirannya di utara, Portugal dan Sepanyol, Maghribi berhadapan kekurangan hujan meruncing sejak akhir musim panas lalu.

Kajian universiti Maghribi menunjukkan suhu meningkat kepada 4 darjah Celsius sejak 1960-an dan taburan hujan tahunan menurun.

Kemarau menjejaskan pengeluaran bijirin musim ini dan memaksa negara dengan 35 juta penduduk itu mengimportnya.

Raja Mohammed VI menggesa solat Istisqa’ diadakan di seluruh masjid di negara itu ‘merayu Yang Maha Berkuasa menurunkan hujan yang bermanfaat’, kata Kementerian Hal Ehwal Islam dalam kenyataan.

Cuaca menjadi topik perbualan utama seluruh Maghribi, 40 peratus penduduknya bergantung kepada pertanian untuk mencari nafkah dan sektor itu merangkumi lebih 15 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts