Masyarakat porak-peranda jika salah faham hadis: Mufti Wilayah

 

PUTRAJAYA – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al- Bakri mengingatkan umat Islam untuk menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata, sunnah adalah neraca dan pengukur paling baik, yang perlu diamalkan dalam kehidupan beragama.

Katanya, akibat tidak memahami sunnah nabi, wujud kumpulan dari kalangan umat Islam sendiri yang hanya berpandukan Al-Quran dan menolak hadis Nabi SAW.

“Sebenarnya kalau tak faham sunnah ni kita akan letih. Perlu ada bimbingan yang baik. Kena sesuaikan dengan zaman kita.

“Lagi satu apabila kita faham hadis, ia boleh mengelakkan dari orang tuduh Islam ini agama ketinggalan dan pengganas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucaptama pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith Dan Wacana Kawal Selia Hadith Siri II, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, fenomena penggunaan hadis palsu akan menjadi lebih parah sekiranya tidak dibendung.

“Jadi garis panduan ini adalah titik permulaan. Kita mahu menjaga ketulenan hadis. Kerana kita tahu bahayanya salah faham hadis boleh membawa kepada porak peranda.

“Ada negara yang bergelut, berbeza pendapat hanya kerana tak faham hadis,” katanya.

Garis Panduan itu bertujuan mengawal selia penulisan hadis di dalam penerbitan, khususnya mengekang hadis palsu.

Ia mengandungi kaedah dan tatacara membuat rujukan, menyemak, menilai memetik dan menulis hadis serta sumbernya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts