PADA zaman ini mana yang lebih utama, berdakwah kepada orang bukan Islam atau berdakwah (memberi kefahaman yang benar) kepada orang Islam?
Memberi kefahaman yang benar kepada orang Islam lebih utama kerana:
1. Ramai orang Islam sendiri keliru tentang ajaran Islam dan tidak mengamalkan Islam dengan baik sehingga menjauhkan orang bukan Islam daripada Islam.
2. Ramai orang Islam yang terpengaruh dengan sekularisme dan liberalisme sehingga Islamnya hanya sebatas nama sahaja sedangkan pemikiran dan cara hidup tidak ada bezanya dengan bukan Islam.
3. Ramai yang terpengaruh dengan ekstrimisme dan radikalisme sehingga imej Islam rosak dan Islam yang indah menjadi sinonim dengan keganasan, kejumudan dan kemunduran.
4. Di Eropah ramai yang masuk Islam tetapi kemudian terpengaruh dengan Islam Liberal sehingga menghalalkan LGBT atau terpengaruh dengan Pseudo-Salafi sehingga mereka menjadi orang Islam yang keras sesama Islam dan mengkafirkan orang Islam, serta menyebabkan perpecahan dalam tubuh umat Islam.
Yang penting bukan jumlah orang Islam meningkat tetapi bagaimana jumlah yang ada ini menjadi lebih berkualiti dan bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris
Sumber: FB Dr Khalif Muammar
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)