Membicarakan gharaib (perkara-perkara pelik) dalam ilmu

 

SAYA berpegang bahawa ilmu ada martabat dan peringkatnya. Membicarakan perkara yang kontroversi dan boleh mengundang fitnah kepada masyarakat awam adalah satu petanda bahawa kita tidak bijak mengurus pemikiran dan kemampuan akal masyarakat awam.

Atas sebab itu adanya saranan yang jelas : Bicaralah pada manusia sesuai akalnya, adakah kamu mahu Allah dan Rasul-Nya itu didustakan?

Demikian jugalah logika yang dibawa oleh Imam Syatibi di dalam mukadimah buku Al-Muwafaqat yang mana beliau melarang sama sekali orang-orang yang tidak ‘kenyang’ dengan ilmi syariah secara usul dan furuknya, naqal dan aqalnya, serta mereka pula taassub kepada mazhab tertentu atau mengikut hawa nafsu, untuk menelaah karya Al-Muwafaqat yang berkisar ilmu maqasid yang boleh dianggap ilmu yang tertinggi dalam ilmu syariah.

Imam Syatibi menyatakan sekiranya turutan ilmu itu tidak diikuti, dan syarat itu tidak dipatuhi, maka dikhuatiri bahawa buku itu akan bertukar menjadi fitnah kepada pembacanya, walaupun pada hakikatnya ia adalah hikmah dan kebijaksanaan.

Oleh itu, kepada para ilmuwan yang mengajar dan mendidik masyarakat, berpeganglah kepada perkara yang musallamat (disepakati) dan ajarilah masyarakat untuk berpegang kepada perkara itu.

Kita tidak mengenali manusia di sekeliling kita, jadi bicarakanlah perkara yang selamat (secara akidah, syariah dan tasawwufnya), serta elakkanlah perbahasan dan perdebatan yang boleh mengundang fitnah atau seumpamanya.

Adapun untuk dirimu, terserahlah kepadamu untuk menelaah apapun, kerana hanya engkau dan Tuhan sahaja yang mengenal hakikat dirimu yang sebenarnya.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts