Memperingati Morsi sempena pemergiannya

 

Noktah Pertama

Mursi simbol bagi beberapa batu tanda penting (milestone) dalam sejarah perjuangan Islam.

Pertama sekali, Mursi simbol bagi Ikhwanul Muslimin dari sudut kejayaan sampai ke persada pemerintahan melalui jalan demokrasi dan pilihanraya yang bersih di bumi kelahiran dakwah itu, Mesir.

Kemenangan Mursi menandakan gerakan Islam yang paling digeruni oleh Israel dan ditohmah dengan terorisme itu sebenarnya mendapat sokongan majoriti umat Islam dan mampu menang dalam proses pilihanraya yang bersih. Kemenangan Mursi simbol yang menyukarkan usaha musuh untuk melabelkan Ikhwanul Muslimin sebagai teroris.

Kedua, Mursi adalah simbol kemerdekaan kehendak umat Islam Mesir khususnya dan rantau Timur Tengah amnya. Simbol kemerdekaan kehendak dan jati diri mereka sendiri sebagai umat yang mempunyai prinsip, neraca dan nilai kehidupan tersendiri, daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Mursi pernah berpidato, “Aku telah mahu, dan masih mahu agar Mesir mendapatkan semula kebebasan kehendaknya, agar ia tidak menurut karangan (skrip) oleh mana-mana kuasa. Revolusi rakyat Mesir, bukan revolusi orang yang lapar. Revolusi ini ialah revolusi untuk memiliki semula kehendak, merdeka”.

Salah satu pautan pidatonya mengenai noktah ini:

Mursi simbol hala tuju kepimpinan ke arah kemerdekaan daripada budaya kepengikutan dan kepengekoran kepada Barat yang dipaksakan ke atas mereka selama berkurun oleh penjajah dan diktator proksi Barat.

Ketiga, Mursi adalah simbol penentangan terhadap komplot jahat Barat bersama diktator-diktator Arab untuk menggadaikan Tanah Suci al-Aqsa dan bumi Palestin ke tangan penjajah Zionis Israel.

Masalah dalaman Mesir dan ketidakstabilan kuasa pemerintahannya tidak menghalang Mursi daripada menghalakan mesej yang jelas kepada Israel bahawa Mesir di bawah pemerintahannya tidak lagi seperti Mesir sebelum itu yang menjadi kuda tunggangan kepentingan Amerika dan Israel.

Ikuti pidatonya mengenai noktah ini di sini:

Keempat, Mursi simbol dalam mencolok mata Barat dan dunia antarabangsa bahawa betapa hipokritnya Amerika dan Kesatuan Eropah dalam soal seruan demokrasi. Negara-negara kuasa besar ini tidak melindungi demokrasi saat Mursi yang dipilih secara demokrasi digulingkan oleh tentera.

Noktah Kedua

Mursi menggadaikan nyawanya sebagai harga pengorbanan untuk satu simbol bagi pelbagai batu tanda penting di sepanjang sejarah perjuangan Islam seperti yang disenaraikan di atas. Beliau amat sedar risiko yang dihadapinya jika pemerintahan yang diterajuinya itu jatuh, berdasarkan ucapannya, “harga untuk menjaga revolusi dan pencapaian objektifnya, harga untuk menjaga kerajaan yang absah ini…harganya ialah nyawa aku”.

Mursi tidak melarikan diri ketika digulingkan, dalam keadaan beliau tahu layanan yang bakal diterima oleh pemerintah yang digulingkan tentera dalam negara seperti Mesir.

 

 

Noktah Ketiga

Kegagalan demokrasi dengan tergulingnya pemerintahan Mursi yang terpilih secara sah menyuburkan kembali kecenderungan sebahagian anak muda Islamis ke arah keganasan. Mereka kecewa dengan demokrasi.

Ini disebab ruang kosong yang ditinggalkan oleh Ikhwanul Muslimin setelah mereka dibunuh, dipenjara dan diburu, akan diisi oleh gerakan radikalisme, yang tidak mendapat sentuhan tarbiyah daripada kesederhanaan fahaman yang ada pada Ikhwanul Muslimin.

Noktah Keempat

Jelas sekali kejatuhan Mursi turut disumbangkan oleh komplot antarabangsa, melalui pendirian bermusuh Kesatuan Eropah, Amerika, Israel, serta bantuan mereka kepada gerakan menjatuhkan Mursi.

Perkara yang bukan rahsia lagi ini adalah simbol pertembungan antara anak watan yang mempertahankan kemerdekaan kehendak dan jati diri, berdepan dengan warga yang belot dan memperjuangkan ketundukan pada ideologi dan kuasa asing.

Di Malaysia, umat Islam mesti menyempadankan diri daripada organisasi penyeru ke arah ideologi asing dan membiayai aktiviti mereka daripada sumbangan dana asing seperti NED, NDI, Asia Foundation, IRI, Konrad Adenauer Foundation dan lain-lain.

Pertembungan politik yang sebenar ialah pertembungan antara aspirasi anak watan yang memperjuangkan kemerdekaan identiti yang sebenar, Islam dan Melayu, bertembung dengan aliran sekular liberal dan chauvinis yg memaksa peleburan identiti anak watan untuk menjadi pengekor selama-lamanya kepada nilai-nilai yang dipromosi oleh kuasa Barat dan Timur.

Noktah Kelima

Bagaimanapun, terdapat banyak juga kesilapan besar yang boleh kita ambil pelajaran di sebalik naiknya dan jatuhnya Mursi. Manusia tidak lepas daripada kesilapan. Kita yang datang kemudian perlu ambil pelajaran berharga. Cuma waktu ini bukan sesuai untuk memuhasabah tokoh yang baru sahaja meninggalkan dunia.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
Penyelidik Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts