Menanam tamar di dalam syurga

  1. Rasulullah ﷺ sering menggalakkan para sahabat agar membasahi lidah mereka dengan berzikir kepada Allah. Walaupun amalan mengingati Allah ini dilihat ringan pada lisan manusia, namun ganjarannya besar di sisi Allah.
  2. Dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa barangsiapa yang mengucapkan zikir tasbih (yang mirip seperti bacaan tasbih rukuk dalam solat), maka dikurniakan baginya sebatang pohon tamar di syurga. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ غُرِسَتْ لَهُ نَخْلَةٌ فِي الجَنَّةِ

“Barangsiapa yang mengucapkan: “Subhanallahil Azimi wa bihamdihi” maka akan ditanam baginya sebatang pohon tamar di syurga.” (HR al-Tirmizi)

  1. Bayangkan andai setiap saat Allah memberikan kita ganjaran sebatang pohon di syurga kelak, berapa batang pokok telah diperolehi sepanjang hari dengan hanya mengucapkan zikir yang ringan ini.
  2. Atas dasar itulah sebahagian ahli syurga nanti menyesal di akhirat kelak kerana tidak memanfaatkan masa mereka dengan berzikir kepada Allah. Sabda Rasulullah:

لَيْسَ يتحسر أهل الْجنَّة إِلَّا على سَاعَة مرت بهم لم يذكرُوا الله تَعَالَى فِيهَا

“Tidak ada yang menyebabkan ahli syurga berasa kesal melainkan (apabila mengingatkan) pada saat-saat yang lalu dalam hidup mereka sedangkan mereka tidak berzikir kepada Allah.” (HR al-Tabrani)

  1. Oleh yang demikian, rebutlah peluang emas ini. Ucapkan zikir yang ringan sebegini. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita ganjaran yang tidak ternilai di sisi Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts