- Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah dan meluahkan rasa cinta dan seronoknya membaca Surah al-Ikhlas. Lalu Rasulullah bersabda kepadanya bahawa kecintaan beliau kepada surah ini akan membawanya ke syurga. (HR Ahmad – dinilai Sahih)
- Pada hakikatnya, Surah al-Ikhlas mengandungi bilah-bilah perkataan yang mengesakan Allah. Mereka yang bertadabur menghayatinya seakan-akan merasa cinta dan seronok dalam mengagungkan Allah.
- Maka orang yang mengesakan Allah dan menagungkan Allah akan dicintai oleh Allah di akhirat kelak bahkan dikurniakan ganjaran syurga.
- Kecintaan sahabat kepada surah ini bukan kerana ianya adalah surah yang pendek yang mudah dibaca supaya dapat selesai solat dengan cepat, tetapi kerana intipati kandungannya yang mengesakan Allah.
Semoga Allah mencampakkan rasa cintakan al-Quran di dalam jiwa kita. Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)