- Ada dalam kalangan golongan liberal yang membantah aktiviti Minggu Solidariti Falasteen yang dianjurkan di sekolah-sekolah. Mereka merasakan ia hanya akan melahirkan ekstremism dalam kalangan kanak-kanak. Ketahuilah bahawa Rasulullah telah menanamkan semangat jihad dalam jiwa anak-anak.
- Sebelum berlangsungnya perang Uhud, Rasulullah menolak ramai anak-anak yang belum mencapai usia 15 tahun untuk menyertai jihad. Mereka yang ditolak termasuklah Usamah bin Zaid, Abdullah bin Umar, al-Barra bin Azib dan ramai lagi. Perhatikan bagaimana jiwa anak-anak muda ini berkobar-kobar untuk menyertai jihad.
- Tahukah anda bahawa Saidina Samurah bin Jundub telah pun ditolak untuk menyertai jihad sebelum berlangsungnya perang Uhud kerana usianya yang muda? Namun beliau tetap merayu agar diberikan peluang dan akhirnya Rasulullah membenarkan setelah beliau mempamerkan kehebatan bertarung di hadapan Rasulullah.
- Begitu tinggi semangat jihad yang hidup dalam jiwa anak-anak muda dalam kalangan sahabat Nabi ini. Anehnya kita pada hari ini ingin pula memadamkan semangat dan kefahaman jihad yang telah pun diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran.
- Tahukah anda bahawa Saidina al-Zubair bin al-Awwam pernah membawa anak kecilnya yang bernama Abdullah bin al-Zubair ke medan jihad ketika usianya 10 tahun? Ini bagi menanamkan ruh jihad di samping melatih anaknya membantu yang tercedera. Al-Imam al-Zahabi merekodkan:
عَنْ عُرْوَةَ أنَّ الزُّبَيْرَ أَركَبَ وَلَدَهُ عَبْدَ اللهِ يَوْمَ اليَرْمُوْكِ فَرَساً وَهُوَ ابْنُ عَشْرِ سِنِيْنَ
“Daripada Urwah, sesungguhnya al-Zubair akan menunggang bersama anaknya Abdullah bin al-Zubair pada hari perang Yarmuk ketika usianya 10 tahun. (Siyar A’ lam al-Nubala)
- Oleh yang demikian, adalah amat menghairankan bagaimana seorang Muslim boleh menolak proses penghayatan ruh jihad ke dalam jiwa anak-anak Muslim. Apakah mereka bersetuju dengan pihak kafir yang memandang negatif urusan jihad? Atau adakah telah muncul dalam kalangan Muslim sendiri, mereka yang menyokong agenda yahudi?
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM