Mengapa panggil sultan sebagai syaitan?

 

1. SEBAGAI seorang Duta Rahmah (Rahmatan lil Alamin), Wanji seharusnya bersifat hikmah dalam menegur Sultan. Sekiranya beliau boleh bersifat Rahmah dengan Cina dan DAP, mengapa memanggil Sultan dengan panggilan yang keras.

 

Image may contain: 4 people

 

2. Ingatkah kita kisah Harun al-Rashid yang menegur rakyatnya yang mengkritik beliau secara keras. Kisah ini direkodkan oleh al-Imam al-Tabari yang menyatakan bagaimana Harun al-Rashid menangani pengkritiknya dengan petunjuk dari al-Quran.

3. Harun al-Rashid dikatakan menerima kritikan keras dari seorang lelaki. Selesai mendengar kritikan tersebut Harun al-Rasyid bertanya kepada pengkritik tersebut:

فأخبرني أنا شر وأخبث أم فرعون ؟ قَالَ : بل فرعون

“Beritahu kepada aku, apakah aku lebih jahat dari Firaun? Lelaki tadi menjawab: Firaun lebih jahat dari engkau.”

Harun al-Rashid bertanya lagi:

فأخبرني فمن خير أنت أم موسى؟

“Beritahu pada aku, apakah engkau lebih baik dari Nabi Musa? Lelaki itu menjawab: Bahkan Nabi Musa lebih mulia dari aku.”

 

 

4. Harun al-Rashid terus menempelak lelaki tersebut dengan berkata: “Ingatkah engkau bahawa ketika Allah memerintahkan Nabi Musa bertemu Firaun, bukankah Allah meminta Nabi Musa bercakap lembut dengan Firaun?

“Engkau sendiri menyedari bahawa aku tidaklah sejahat Firaun dan engkau juga bukanlah lebih baik dari Nabi Musa. Lalu mengapa engkau bersikap keras terhadap aku?”

Begitulah Harun al-Rashid berhujah dengan lelaki tersebut.

5. Menurut kertas pertuduhan, Wanji yang juga Duta Rahmah didakwa telah mengeluarkan kata-kata menghina terhadap Sultan Selangor khasnya dan terhadap Sultan-Sultan lain umumnya melalui laman Facebook beliau pada jam lebih kurang 10.00 pagi 8 November 2012, seperti:

(1) “Jenis syaitan tak baca hadis Nabi…”
(2) “Bahana bodoh agama tapi nak jadi ketua agama…”
(3) “Perasan bagus, tapi bodoh agama…”
(4) “Buang je Sultan-Sultan ni…”
(5) “Perabis duit rakyat…”
(6) “Si syaitan ni buat projek pembodohan…”
(7) “Bila orang bodoh, dia akan berkuasa…”
(8) “Firaun moden…”
(9) “Nak kaya dalam keadaan bodoh adalah jadi Sultan…”
(10) “Kalau di Malaysia, yang buat kerja (pembodohan) ni adalah UMNO dan Sultan…”

4. Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran buat para pendakwah semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts