KEBENCIAN tidak rasional terhadap mesej Islam dan pendakwah terkemuka Zakir Naik nampaknya masih marak dalam sesetengah anggota masyarakat bukan Islam.
Menerusi pendedahan Firdaus Wong, terdapat unsur gangguan oleh Hindu Sangam terhadap program bertajuk ‘Duty of A Muslim As A Profesional’ yang akan berlangsung di UUM pada 18 April Ini.
Menerusi gambar screenshot yang dimuat naik oleh Arunakiri Nathan, Mohan Shan, Presiden Hindu Sangam mengatakan bahawa belia mereka akan ke sana untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap program tersebut.
Balasan yang diperoleh daripada perbincangan kumpulan whatsapp itu pula menggesa setiap Hindu untuk memprotes di atas jalanan.
Gangguan terhadap program yang disasarkan kepada Islam ini ditempelak Firdaus Wong:
Atas dasar apa sebenarnya mereka mahu protes sedangkan tajuknya adalah “Duty Of A Muslim As A Professional” dan bukannya tentang agama Hindu? Apakah sekarang Muslim ingin bercakap tentang agama Islam pun mereka ingin protes?
Mohon pihak berkuasa mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang suka membuat kacau bilau memprotes program agama orang lain sama ada yang Belum Muslim mahupun Muslim serta menimbulkan provokasi melampau. Apakah mereka mahu melanggar Perlembagaan Persekutuan dengan menghalang program orang Islam?
Tempoh hari ekstrimis Hindu yang sama, Arun, memprotes bengkel dakwah yang diadakan di Masjid UKM.
Provokasi yang dilancarkan oleh pihak mereka bagaimanapun digesa untuk diterima umat Islam dengan tenang dan mencaci maki.
Ya kita marah dengan sesetengah pihak yang semakin melampaui batas tetapi jangan sesekali mengambil tindakan sendiri dan jangan sesekali ungkapkan perkataan yang tidak menepati ajaran Islam dan komentar kita. Kami akan padam dan ban mana-mana pihak yang mencarut dan guna perkataan kurang sesuai. – Fakir Ilmu
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)