Menimbulkan keraguan dalam memberi bantuan kepada Palestin hanya merugikan umat Islam sendiri

الأرواح جنود مجندة .. فما تعارف منها ائتلف .. وما تناكر منها اختلف

Para jiwa (roh) adalah ibarat tentera yang tersusun rapi. Mana-mana yang serasi, akan terhimpun. Mana-mana yang tidak serasi, akan terpisah.

Hadis Nabi SAW, riwayat Aisyah RA, daripada Sahih Bukhari.

Panji jihad perlu diangkat dan dikobarkan, agar roh dan jiwa para pencinta agama bersatu dan membina arus pembebasan Al-Aqsa.

Jika ada yang membenci projek pembebasan itu, lalu mengangkat bendera syak wasangka kepada khalayak ramai untuk meragui perjuangan ini, hakikatnya mereka hanya menghimpunkan para pembenci dan orang yang ragu-ragu bersama mereka.

Walau seribu satu bukti diberikan, mereka tetap dengan sikap ingin menanam prasangka buruk dan prejudis kepada pihak-pihak tertentu yang mereka sifatkan sebagai penunggang agama.

Kesudahannya, ramai orang awam tidak mahu bersama, menarik diri daripada menyokong mana-mana projek ini, dek kerana ‘keraguan yang ditanam’, lalu semua buat kerja masing-masing mengikut selera dan pendapat sendiri, tiada kolaborasi, tiada kepercayaan, tiada sistematik, tiada pelan jangka panjang, hingga menatijahkan tiada projek pun yang berjaya dijayakan untuk membayar harga sebuah ‘pembebasan’ yang sebenar.

Umat Islam hidup dalam keraguan, terhadap saudara sesama Islam sendiri, dalam projek membebaskan tanah air umat Islam itu sendiri.

Kesudahan inilah yang cukup disukai oleh para Yahudi dan penjajah. Kerja runcit-runcit, bagi sumbangan secara terus (tanpa perlu melalui orang tengah yang kononnya mengambil komisen yang tinggi) kepada pihak yang dirasakan perlu, mengikut taaruf dan perkenalan peribadi, dan hanya ikut musim-musim keperluan sahaja dan seumpamanya.

Akhirnya kita akan bertanya, kita sebenarnya sedang menguntungkan pihak mana?
Yang sedang berjuang, atau yang sedang menyerang dan menjarah tanah air umat Islam kita itu sendiri.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa

Setiausaha Agung MUIS

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAN

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts