Meninggal dunia selepas 18 hari peluk Islam

Kulim: Tidak sampai sebulan selepas memeluk Islam, Muhammad Saufi Abdullah, 41, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berehat di rumahnya di Taman Tiong, dekat sini, Jun lalu.

Isterinya, Nurul Aisyah Abdullah, 40 berkata, dia bersama arwah dan dua anak mereka mengambil keputusan mengucap dua kalimah syahadah pada 22 Mei lalu.

Katanya, pesanan terakhir arwah suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori meminta dia mendalami ajaran Islam dan memastikan dua anak lelaki mereka menjadi hufaz al-Quran dipegang utuh wanita itu.

“Arwah yang menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam terlebih dahulu dan mengajak saya serta dua anak kami iaitu Muhammad Aidil, 13, dan Muhammad Fitri, 11 bersama.https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.482.0_en.html#goog_147840435

“Kehidupan kami boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja masalah terutama berkaitan kewangan.

“Kami juga kerap bertengkar walaupun mengenai hal remeh dan kemuncaknya apabila lori dipandu suami terbalik dalam kemalangan. Namun bertitik tolak kejadian itu, suami memperoleh hidayah dan mengajak kami bersama,” katanya yang mengakui berasa seperti ‘hilang arah’ selepas kematian Muhammad Saufi.

Menurutnya, bertitik tolak dari kejadian itu, suami memaklumkan dia mendapat hidayah dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.

“Pada mulanya saya menentang keras namun entah bagaimana tiba-tiba hati saya tergerak untuk mengikut suami dan kami sekeluarga akhirnya mengambil keputusan memeluk Islam .

“Sejak daripada itu, kami mula belajar mendalami agama Islam dan kehidupan saya dan suami mula bertambah baik, namun apakan daya Allah lebih menyayanginya apabila dia meninggal dunia selepas 18 hari mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Nurul Aisyah berkata, dia berterima kasih kepada Jawatankuasa Surau Taman Tiong yang banyak membantu keluarganya dalam soal mendalami Islam dan juga memberi pelbagai sumbangan.

Namun apa yang lebih memeranjatkan adalah apabila ibu arwah suaminya kini dikenali sebagai Siti Hajar, 68, kini turut memeluk agama Islam.

“Arwah rapat dengan ibunya dan pemergiannya membuatkan wanita itu mengalami kemurungan. Saya yang tidak sanggup melihat keadaannya itu mengajaknya tinggal bersama.

“Mungkin selepas melihat kehidupan kami anak beranak, ibu membuat keputusan memeluk Islam. Saya tidak pernah memaksanya namun dia sendiri mengaku tertarik dan ingin belajar dengan lebih mendalam mengenai Islam.

“Alhamdulillah, saya saya bersyukur Allah membuka pintu hati ibu mentua untuk memeluk Islam selain menganggap saya sebagai anak kandungnya sendiri,” katanya yang menerima sumbangan daripada pasukan Badan Penggerak Ikatan Ummah Sejati.

Nurul Aisyah berkata dia kini menyara kehidupan dengan bekerja di kedai runcit dengan gaji RM700 sebulan manakala ibunya mengambil upah mengisi dawai kokot ke dalam kotak dengan pendapatan RM150.

Sementara itu, wakil Badan Penggerak Ikatan Ummah Sejati, Norhasnaliza Senusi berkata pihaknya sedia menghulurkan sumbangan berbentuk tunai, makanan dan juga nashkah tafsir al-Quran buat keluarga ini yang diuji dengan pelbagai masalah. -My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts