Menolak calon berfikiran liberal

  1. Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita bahawa akan muncul dalam kalangan umat ini pemimpin yang tidak berpegang kepada ajaran Rasulullah bahkan meninggalkan sunnah Rasulullah.
  2. Hari ini, telah tersebarnya pemikiran liberal yang secara zahirnya dilihat bukan sahaja mempertikaikan syariat Islam yang berteraskan sunnah Rasulullah, malah pemikiran ini turut mengajak manusia meninggalkan sunnah. Sekiranya terdapat ahli politik yang berpegang dengan pemikiran sebegini, kita tidak seharusnya mengangkat mereka sebagai pemimpin.
  3. Pemikiran liberal dalam beragama telah merosakkan kerangka pemikiran muslim. Mereka berusaha meleraikan ajaran Islam bermula dengan merungkai ikatan syarak terhadap cara hidup, kemudian mereka mempertikaikan pula hukum syarak sehinggalah kepada tahap mereka berusaha mengubah hukum syarak serta menolaknya dari muka bumi ini.
  4. Desakan liberal dalam memperjuangkan hak kebebasan eljibiti, menuntut kebebasan untuk tidak menutup aurat serta menegaskan hak samarata agama adalah tipudaya atau fitnah yang lahir dari nafsu diri manusia. Kebimbangan ini pernah disuarakan oleh Baginda Nabi. Sabda Rasulullah:

إنَّما أَخْشَى عَلَيْكُم شهواتِ الْغَيِّ في بطونِكم وفروجِكم ومُضِلَّاتِ الْفِتَنِ وفي رِوَايَةٍ وَمُضِلَّاتِ الهوَى

“Sesungguhnya yang aku risaukan ke atas kamu adalah: nafsu-nafsu kamu yang keji yang lahir dari perut dan kemaluan kamu, serta tipudaya-tipudaya (yang menjerumuskanmu ke dalam) fitnah. (Dalam riwayat lain menyebut tipudaya-tipudaya (yang menjerumuskanmu ke dalam) hawa nafsu.)” (Majma’ al-Zawaid)

  1. Di Malaysia, kerangka pemikiran iberal ini ditelah diwartakan sebagai sesat. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa aliran pemikiran liberal yang dibawa oleh kumpulan ini telah menyeleweng dari segenap aspek. Dan pada 17 Julai 2014, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pula telah mengisytiharkan fatwa yang menyatakan pemikiran ini sebagai sesat dan menyeleweng.
  2. Oleh itu, adalah menjadi satu kewajipan buat muslim untuk menolak pemimpin yang membawa pemikiran liberal ini, yang dilihat bercanggah dengan kerangka penilaian syarak. Isu hak asasi kemanusiaan telah lama diperjuangkan oleh Islam melalui jalannya yang tersendiri, yang tidak membelakangkan hak Allah dan hak manusia.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts