Menumpang kasih bapa berlainan agama

 

SLIM RIVER: Berlainan agama tetapi tidak memutuskan kasih sayang sesama manusia.

Bagi Mohd Riduan Jalil, 57 kasih sayang kepada bapa angkatnya, M Renggaiyah 96, yang beragama Hindu adalah seperti menyayangi bapanya sendiri malah menganggap dirinya bertuah kerana dia diterima baik anak kandung Renggaiyah.

” Saya bertuah kerana disayangi bapa walaupun kami berlainan agama dan bangsa, malah bapa juga selalu pesan orang Islam jangan tinggal sembahyang,” katanya,

Mohd Riduan berkata, dia tinggal bersama Renggaiyah di Jalan Besar, Trolak dekat sini sejak 15 tahun lalu. Malah ketika itu emak angkatnya, Wong An Hoi masih hidup.

“Saya selalu datang ke kedai gunting bapa sebelum kemudiannya dia dan emak yang meninggal dunia dua tahun lalu mengajak saya tinggal bersama mereka.

“Kami mungkin berbeza agama tetapi saling menghormati agama masing-masing,” katanya.

Kongsi Mohd Riduan, sejak dia bersara dua tahun lalu masanya kini dihabiskan menjaga dan mengurus bapa angkatnya itu. Renggaiyah katanya, masih sihat tidak berhadapan dengan masalah kesihatan yang kronik melainkan tidak lagi kuat untuk melangkah.

“Saya bersyukur dapat menumpang kasih dengannya dan akan menjaganya dengan baik selagi berdaya,” katanya.

Sementara itu Renggaiyah berkata, dia menyayangi Mohd Riduan yang dipanggil Wan seperti anak kandung.

“Anak-anak juga layan Wan seperti keluarga dan kalau orang tanya, saya beritahu dia anak saya. Saya juga tidak pernah melarang dia beribadat di rumah ini,” katanya.

Renggaiyah berkata, ketika zaman mudanya dia pernah bertugas sebagai ‘Home Guard’ di Trolak dan ikut berjuang menentang komunis.

Justeru, banyak kenangan yang membuat dia mencintai negara ini dan berharap generasi muda hari ini bersyukur dengan kehidupan hari ini.

“Mengenangkan kesukaran hidup ketika zaman Jepun dan penentangan komunis, saya bersyukur kehidupan kita hari ini jauh lebih baik berbanding dahulu yang penuh keperitan sehingga terpaksa mencatu makanan dan makan ubi kayu sahaja.

“Kita perlu bersyukur dan hidup dalam suasana harmoni. Selain itu, jangan lupa mengundi pada pilihan raya untuk menunjukkan tanggungjawab kepada negara.

“Saya sendiri tidak pernah gagal mengundi dan sudah tidak sabar untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim nanti,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts