Mesir buka laluan Gaza-Afrika Utara sehingga Sabtu

 

KAHERAH – Mesir membuka lintasan Rafah yang menghubungkan Gaza – yang dikepung pendudukan Israel – dengan Afrika Utara untuk kali ke-11 tahun ini.

Pintu sempadan itu akan dibuka di kedua-dua arah keluar dan masuk selama tiga hari, bermula hari ini sehingga Sabtu.

Bagaimanapun, pintu sempadan Rafah tidak akan dibuka untuk perjalanan dari kedua-dua arah sehingga Sabtu ini, kata pegawai.

Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab Al-Louh merakamkan penghargaan terima kasih kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi atas usaha berterusan mengatasi penderitaan rakyat negara itu.

Rejim pengganas Israel telah mengenakan pengepungan 11 tahun ke atas Semenanjung Gaza yang disokong Mesir dengan menutup sempadan menghubungkan dua negara itu.

Semenanjung Gaza yang berdepan sekatan daripada rejim pengganas Israel hanya mempunyai tujuh lintasan sempadan menghubungkan rakyatnya dengan dunia luar.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts