Mufti Negeri Sembilan gesa pemainan dalam talian PUBG diharamkan

 

SEREMBAN: Permainan dalam talian ‘PlayerUnknown’s Battleground’ (PUBG) yang menjadi kegilaan ramai, perlu diharamkan kerajaan kerana mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata kerajaan perlu memikirkan perkara itu kerana ia jelas dapat memberi kesan terhadap kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

“Bagi saya permainan seperti ini sudah lama dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Yusof berkata, bagi umat Islam, ia bukan amalan yang baik dan boleh melalaikan kerana bermain menggunakan komputer riba atau telefon bimbit.

“Sebagai kerajaan, perhatikanlah baik atau buruk dan sama ada ia sesuai dijadikan sukan elektronik di negara ini,” katanya sambil menambah, permainan itu juga tidak sesuai dengan kehidupan seharian umat Islam.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan wajib mengekangnya kerana PUBG boleh menghilangkan perasaan simpati, belas ihsan, kasih sayang dan membentuk anak muda yang tidak perasaan.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Dalam keadaan semasa, jika hukuman mati mahu dihapuskan, tidak mustahil suatu hari nanti senjata api boleh dimiliki tanpa lesen. Jika PUBG sudah dihadam ramai anak muda, fikirkanlah kesannya,” katanya.

Mengenai serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu, beliau berkata, kejadian itu disebabkan pemimpin atasan dunia yang membentuk kebencian terhadap Islam.

“Mereka yang mewujudkan Islamofobia. Jika orang atas sudah membenci Islam, menjadi perkara biasa bagi rakyat bawahan melakukan pembunuhan,” katanya yang sedih dengan penindasan terhadap umat Islam. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts