GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd mahu undang-undang sedia ada disemak dan diperketatkan lagi supaya dapat membendung individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab mengulangi perbuatan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Beliau berkata pihak berkuasa juga perlu sentiasa bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina peribadi Nabi Muhammad dan pelaku perlu dikenakan hukuman yang lebih keras.
“Demi memelihara kestabilan negara dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, pihak berkuasa perlu sentiasa bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina peribadi Nabi Muhammad yang mulia ini dan seterusnya dikenakan hukuman yang lebih keras.
“Saya juga berpendapat undang-undang sedia ada perlu disemak semula dan diperketatkan lagi supaya dapat membendung individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab mengulangi perbuatan sedemikian,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata demikian mengulas berhubung satu video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad dengan pelbagai kata-kata makian. – Bernama
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM