Murad Ebrahim angkat sumpah Ketua Menteri wilayah Islam Bangsamoro

 

MANILA – Filipina pada hari Jumaat menyerahkan kawalan wilayah Islam baharu kepada pemimpin pemisah di selatan Filipina yang selama ini berjuang untuk mendapatkan kerajaan yang lebih autonomi.

Dalam upacara simbolik berkenaan, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyaksikan sendiri ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sementara,

Majlis tersebut dibuat selepas pengundi penyokong penubuhan wilayah Bangsamoro di selatan negara itu, menamatkan pemberontakan pemisah yang sudah meragut kira-kira 150,000 nyawa sejak 1970-an.

Kedua-dua pemimpin tersebut berharap perjanjian itu akan membantu mengekang kumpulan ekstrem Islam di Mindanao.

Duterte dalam ucapannya berkata, perjalanan untuk mencapai keamanan mungkin panjang dan sukar tetapi beliau berasa gembira kerana akhirnya menemui titik akhir.

“Kebanyakan antara kita mahu melihat pengakhiran keganasan yang telah merosakkan Mindanao dan meragut banyak nyawa secara sia-sia,” ujarnya. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts