Muslihat bantuan Mesir ke Gaza terbongkar

 

Kenapa begitu cepat Mesir menghantar bantuan ke Gaza sejurus beberapa hari gencatan senjata dipersetujui ke dua dua belah hasil permohonan dari Israel.

Mesir begitu cepat hantar bantuan berupa makanan dan perubatan. Yang paling menarik ialah bantuan jentera berat untuk membersihkan Gaza kesan runtuhan bangunan.

Persoalannya hampir terjawab apabila ada berita dari unit risikan keselamatan mendedahkan bahawa bersama jentera ada alat intipan untuk mengesan pelancar roket dan lain-lain tempat rahsia pejuang HAMAS di Gaza.

Akhbar Gaza mendedahkan beberapa hari yang lalu, masalah serius mengenai kenderaan Mesir yang memasuki Gaza untuk membuang runtuhan.

Bahagian perkhidmatan keselamatan di Gaza mendedahkan adanya alat pengintipan pada peralatan platform peluru berpandu dari mana ia dilancarkan dan beberapa tempat penentangan telah dikenal pasti semasa berlaku peperangan baru baru ini.

Setelah sekian lama tekanan Mesir terhadap Gaza dengan menutup laluan darat Rafah ke Gaza tiba tiba boleh berubah dalam masa yang singkat berubah menjadi pembantu utama ke Gaza. Sudah lama pintu Rafah terkunci rapat.

Awal pemerintahan Sisi ialah meletupkan terowong bawah tanah merupakan laluan utama bekalan dari Mesir ke Gaza. Selain terowong diletupkan, cara kedua untuk menutup dan merosakkan semua terowong ialah menenggelami dengan air sekitar Rafah sempadan Mesir dan Gaza.

Tentera Mesir juga pernah menembak pelarian dari Gaza yang cuba menyeberangi Rafah untuk mendapatkan rawatan di Mesir dalam siri siri peperangan sebelum ini.

Semenjak Presiden Mesir Sisi memerintah Mesir laluan Rafah telah ditutup untuk sekian lama tiba tiba peperangan kali ini begitu mudah ianya dibuka dan begitu cepat bantuan Mesir sampai ke Gaza.

Begitu dahsyat dan besar halangan yang terpaksa dilalui oleh saudara muslim kita di Palestin, semoga mujahidin Palestin terus tabah mengharunginya.

Jangan lupa doa kita yang berterusan kepada mereka agar tipu daya dan pengkhianatan musuh akan dihancurkan oleh Allah Taala yang Maha Berkuasa.

Ustaz Sharipudin Abdul Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Negeri Kelantan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts