1. Malaysiakini menerbitkan sepucuk surat dari pembaca yang menceritakan tentang seorang penulis yang anaknya bersekolah di SMK Bandar Baru Bangi telah berdebat dengan ustazahnya tentang hukum rejam.
https://www.malaysiakini.com/letters/473589
2. Surat dari pembaca yang tidak disebutkan namanya itu memaparkan sikap ustazah yang seakan tidak terbuka, bersifat ekstrimis malah mengherdik pelajarnya kerana tidak bersetuju dengan hukuman rejam.
3. Paparan seperti ini tidak lain hanya akan memberikan gambaran yang negatif terhadap Islam. Penghujahan penulis hanya melihat dari sudut apa yang hanya difahaminya sahaja sedangkan aspek pensyariatan hukuman rejam adalah lebih luas dan jelas.
4. Malah, penerbitan surat yang memaparkan Islam dari perspektif yang sekerat-sekerat seperti ini hanya akan mengundang komen yang keji tentang Islam. Diruang komen, Islam digambarkan seperti Taliban, Tuhan itu zalim bahkan merendahkan kedudukan Sekolah Kebangsaan itu sendiri.
5. Semoga Allah menyelamatkan kita dari fitnah yang memburukkan Islam dengan pilihan pemberitaan yang salah tentang Islam.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)