Muslim hidupnya mesti beragenda. Punyai matlamat hidup tepat dan jelas
Ibarat bermain bola, dia mesti menjaringkan bola ke dalam pintu gol pihak lawan
Bak memandu kereta, dia mesti jelas destinasi yang ditujui
Visi hidupnya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT (51:56). Ini mendefinisikan ‘Kenapa aku hidup?’
Misinya pula disusun rapi bagi mencapai visi. Ini mendefinisikan ‘Bagaimana untuk aku mencapai visi?’
Kemudian bagi setiap misi dipecahkan kepada objektif-objektif yang lebih khusus
Objektif menjawab persoalan ‘Apa perlu aku lakukan?’
Objektif kehidupan mesti memenuhi elemen SMART iaitu Specific (Khusus), Measurable (Boleh Diukur), Achievable (Mampu Dicapai), Relevant (Relevan) dan Time Bound (Bertempoh Masa)
Objektif hidup seorang muslim juga mesti boleh dibayangkan (Visualization)
Ia diulang-ulang dengan penuh emosi dalam doa, zikir, munajat dan esak tangis di hadapan Rabbnya (Repetition)
Objektif ini juga hendaklah ditulis, dilihat dan disemak selalu
Maklumkan kepada ahli keluarga dan rakan taulan terdekat supaya mereka boleh mengingatkan (103:3)
Setiap objektif SMART seterusnya mesti dicerakinkan lagi kepada Strategi
Strategi kemudiannya membentuk aktiviti yang menjadi rutin harian/mingguan/bulanan serta dipantau perjalanannya
Teknik mencerakinkan visi besar kepada aktiviti-aktiviti kecil ini disebut VMOSA (Vision, Mission, Objective, Strategy and Activity)
Aplikasinya amat luas
Dalam kehidupan peribadi, keluarga, kelab dan persatuan, syarikat serta negara
Muslim yang tidak melakukan semua ini akan sesat dalam kehidupan
Ibarat pemain yang menjaringkan bola ke dalam gol sendiri
Bak pemandu yang seronok memandu tanpa destinasi
Mereka pasti akan kalah, dicemuh rakan, keletihan, kehabisan minyak di tengah jalan bahkan mungkin mati dilupakan
VMOSA dan SMART adalah formula kejayaan seorang muslim
Ia ditunjuk Nabi dan dirakam dalam kitab suci
Persoalannya, adakah kita ambil peduli?
Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Kluster Tarbiah ISMA
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)