1. PenangPac menerusi website serta facebook page mereka secara terbuka mempromosikan tayangan teater yang berjudul “Sex in Georgetown City.” Sinopsis tayangan tersebut menjelaskan bahawa tayangan ini adalah berkaitan kisah komedi yang melibatkan adegan “set in a bedroom, covering quickie sessions, rip-roaring scenarios, poignant moments and unconventional advice all wrapped up in one wacky package.”
2. Bahkan tayangan ini adalah sebahagian kaedah sambutan Valentine yang disyorkan melalui laman tersebut. Kata mereka “So bring your loved ones to celebrate Valentine’s Day with us – after all, celebrating Valentine’s Day over candle light dinner is so old fashion!”
3. Kisah berkaitan seks di dalam bilik tidur bukanlah suatu perkara yang wajar untuk diceritakan kepada umum. Apatah lagi sekiranya kisah tersebut menggalakkan kepada penzinaan sebelum nikah. Allah mengingatkan kita di dalam al-Quran tentang mereka yang suka menzahirkan kisah cerita jahat atau kisah zina ini sebagai mereka yang akan dikenakan azab oleh Allah. Firman Allah:
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
“Mereka yang suka menyebarkan kejahatan (fitnah/kisah tidak baik) dikalangan orang yang beriman adalah mereka yang akan menerima azab yang pedih di dunia dan akhirat.
4. Al-Imam Al-Tabari ketika menghuraikan ayat ini menjelaskan bahawa mereka yang suka menceritakan kisah zina atau kisah yang tidak baik akan dikenakan azab oleh Allah. Kata beliau:
إن الذين يحبون أن يذيع الزنا في الذين صدَّقوا بالله ورسوله، ويظهرَ ذلك فيهم
“(Ayat ini menceritakan) tentang mereka yang suka untuk menyebarkan kisah-kisah zina dikalangan orang yang beriman dan menzahirkan kisah-kisah jahat ini (mereka akan dikenakan azab yang pedih).”
5. Al-Imam Al-Sa’di di dalam tafsirnya pula menjelaskan bahawa perkara yang dipandang tidak baik (jijik) di sisi masyarakat seharusnya tidak dijadikan bahan cerita umum. Kata beliau:
الأمور الشنيعة المستقبَحة المستعظَمة، فيحبون أن تشتهر الفاحشة
“(Dalam ayat 19 dari Surah al-Nur ini, al-Quran menjelaskan tentang) perkara-perkara yang tidak baik, yang dipandang keji oleh masyarakat, maka orang yang suka untuk menzahirkan kisah-kisah fahishah (jahat) sebegini seharusnya tidak dizahirkan di dalam masyarakat”.
6. Apatah lagi sekiranya tayangan seperti ini dibuat bagi menyambut Hari Valentine, sambutan yang diharamkan di dalam Islam. Kaum Muslim seharusnya membantah besar-besaran aktiviti yang boleh membawa kepada kesan yang negatif ini.
Moga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)