Erti bersyukur. Nak kongsi satu cerita, kisah ketika masih HO di Hospital Melaka.
Sempat curi masa untuk ke kantin hospital, semasa ingin bayar di kaunter akak yang beratur depan saya pun ingin bayar. Tengok akak tu ambil untuk bungkus, dua bungkus nasi ada kuah dan telur masin setengah biji setiap satu. Masa akak tu nak bayar, macam terkorek-korek dompet nak cari duit syiling.
Saya tanya:
“Akak takde duit kecil ke…”
Akak tu jawab:
“Eh sorry doktor… tak tahu pula bekas makan ni kena charge..tak cukup duit pula…”
Akak tu cakap dengan cashier:
“Dik… saya letak balik telur masin ni…”
Saya tahan akak tu…
“Takpe kak… saya bayar baki tu…”
“Akak makan ayam kan? Saya bayar sekali dengan dua ketul ayam goreng… akak gi tambah ayam…”
Entah macam mana hari tu tersemangat pula nak belanja orang.
Akak tu terus tersenyum gembira.
“Terima kasih doktor… dekat wad tolong orang… dekat kantin pon tolong orang…”
“Takpe la kak… rezeki akak.”
Selepas membuat pembayaran saya terus bergerak ke wad, ternampak akak tadi bawa bungkusan nasi tadi ke suatu pondok rehat di kawasan hospital.
Terdengar jeritan budak-budak..
“Yeay ade nasi!!!”
Ada empat anak-anak menyambut akak tadi di pondok… dan ada seorang mak cik yang agak berumur duduk sekali.
Langkah saya terhenti… dua bungkus nasi je?… Hati saya menjadi sangat sayu…
Saya kembali ke kantin beli empat bungkus nasi ayam dan berikan kepada akak tersebut. Riuh rendah pondok tersebut. Seronok melihat anak-anak akak tersebut makan.
Akak tu menyatakan dia datang melawat suaminya yang sedang dirawat kerana eksiden motor dan ibu mertuanya datang sekali kerana teringin benar nak tengok anaknya di hospital. Saya tanya bagaimana datang ke hospital, akak tu jawab ada jiran hantar.
Saya tanya lagi, nanti akak nak balik macam mana?.. Tunggu jiran dia ambil lepas jirannya habis kerja. Kelihatan mak mertuanya yang sudah berumur.
Saya berikan sedikit duit untuk akak tadi untuk pulang naik teksi. Jenuh akak tadi berkeras tidak mahu ambil, tapi saya paksa juga..
Saya pulang ke wad dengan perasaan bercampur baur…
Gembira kerana dapat menolong… tapi sedih mengenang nasib akak tadi…
Masih ramai rakyat Malaysia yang hidup begitu…
Pengajaran yang saya ingin kongsikan:
1) Prihatin pada orang sekeliling.
2) Cubalah membantu apa yang termampu.
3) Sentiasa bersyukur. Lihat apa yang ada, bukan apa yang masih tiada.
4) Bekerja bersungguh sungguh untuk memajukan negara supaya boleh membantu semua orang.
Dr Mohamad Saif Bin Jamaluddin
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Sdey baca.
Menitis air jernih dikelopak mataku, bilamana aku menatap coretan ini. Terlalu baik pekertimu doktor. Masih ada insan mulia sepertimu didunia ini, biarpun disana terdapat manusia2 zalim, kejam, setelah dianugerahkan kuasa, disalahgunakan demi kepentingan tembolok sendiri, meragut, merentap, keselesaan rakyat yg sedikit tanpa rasa insaf, Kesian, mangsanya adalah seperti kakak itu yg doktor telah membantunya. Bahkan ramai lagi rakyat yg menangis menghadapi tekanan uk meneruskan kehidupan ini.Semuga doktor akan sentiasa dlm peliharaan Allah swt, dimurahkan rezeki dan usia yg barokah. Aamiinnn yya Rabb…..
Bagus Tuan Doktor. Muga muga semua kita beramal mulia di mana mana jua kita berada. Muga muga Allah memberkati kehidupan tuan dlm banyak bidang kehidupan. Ameeen.
Allahhuakbar. Alangkah bagus klu ramai lagi rakyat Malaysia yg mempunyai budi pekerti terpuji mcm Dr Mohamad Saif tadi. Berkongsi rezeki dgn mereka yg memerlukan.
Alhamdullillah, bersyukur kerana mempunyai keimanan yang kuat.Apa yang Dr. lakukan pada kakak serta keluarganya amat menyentuh hati saya.Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan Dr dan keluarga dunia hingga akhirat.jarang nak jumpa orang yang mempunyai hati seperti itu.Pada Dr.mohamad Saif jangan tinggalkan Allah,Al-Quran dan Sunnah Rasullullah, In Sya Allah akan berada dalam perlindungannya.
Hari ini hari dia…esok lusa kita tak tahu apa yang berlaku kepada kita…insyaallah..keikhlasan yang kita berikan semoga mendapat pembalasan di akhirat nanti…biar lah tangan kanan memberi tetapi tidak diketahui oleh tangan kanan…moga sifat ini berkekalan hingga akhir hayat..amin..
Alhamdulillah dah tahniah doktor….
Well done.don’t know what to say.just….god bless you.
Good doctors are like this. They have very high degree of EMPATHY, they don’t just show SYMPHATY like other people.. they see death and suffering everyday..I say this coz I have 3 childen who are also doctors..they’re just the same.
Semoga Allah permudahkan urusan dan murahkan rezeki yang memberi dan yang menerima…aamiin.
Semoga masih ramai lagi orang-orang seperti doktor nie… Allah rahmati kamu wahai doktor…
menitis air mata bila menbaca , ingat lah pd yg susah
Alhamdulillah..semoga mkin ramai indibidu yg prihatin mcm doctor..sbenarnya sgt ramai lg yg susah dn tekanan dlm mhadapi zaman najib laknatullah ni…tgk je yg kes terjun kt jambatan pp tu..semoga Allah mengurniakan kita pemimpin yg adil dan amanah..amin..
Salam…didikan yg betul akan melahirkan manusia yg ada iman dan perikemanusiaan…tahniah ibubapa doktor kerana berjaya mendidik anak menjadi insan cemerlang…utk dr…smoga allah memberimu kebaikan yg byk…aamiin
Sudah pasti tuan DR sentiasa dlm redha Allah.
Dr..itu cerita di Hospital..kalo disekolah pula sayu juga…anak kita kesekolah baju.kasut.beg yg baru..tetapi di kantin saya lihat ramai juga yg berpakaian sekolah lusuh,beg berjahit,kasut lusuh.Dikoperasi sekolah pula bila cikgu nak guna buku tulis tu baru pelajar tu beli..tak mampu nak beli semua. luluh hati saya doktor…
Jika anda mempunyai kisah-kisah teladan yang ingin disiarkan kepada masyarakat umum.
Hantarkan artikel anda kepada kami untuk disiarkan di laman web dan FB Indahnya Islam! 😀
Emelkan artikel anda beserta nama penuh dan jawatan di:
[email protected]
semoga kebaikan doktor, Allah jua yg membalasnya, aamin…
Semoga dimurahkn rezeki doktr,,x ramai yg bersikap..seprti anda..semoga allah sahaja..yg membals jaga baik doktr,,pesanan sy..anggap la pesakit yg dtg ke hospital tu..sperti suadara anda..ikhlas la semasa mjlnkn tugas..kerana kejujuran dn keikhlasan anda..para2 pertugas..hospital..atau mna2 pun jbatan kerajaan..hanya allah sahaja mampu memblas..segala2 kebaikkn kamu semua..amin
Alhamdulillah semoga Allah terus merahmati kebaikan doktor tu sepanjang masa. Insan mulia beginilah yg boleh menyelamatkan dunia dan akhirat.
Semoga doktor terus maju jaya.
Bangga dgn tuan dktor.. Tahniah.. Moga Tuhan merahmati dan memudahkan sgl urusan dktor..
Doktor yg perihatin dan wajar dicontohi. Semoga ramai yg mcm ni.
Tersentuh hati ku..alhamdulilah doktor yg mulia hati…anak ku juga bakal doktor muga2 hatinya juga mulia..separti doktor itu..
Haikatnya….saya menitis air mata membacanya….betapa…jadilah kita org yg pemurah.Memberilah utk menerima-menerima doa dpd org yv disedekahkan sesuatu jg menerima kurniaan Allah yg kita tak perbah duga.Yg pastinya dlm rezeki kita ada hak org lain.Harta kita di ‘sana’ nnti adalah apa yg kita sedekahkan pd org…
Alhamdulillah syukir….sesungguhnya kemuliaaan hati Dr bukan sahaja pada tugasnya malah pada insan2 yg berada disekelilingnya… inshaAllah hati Dr akan sentiasa tenang serta bahagia setiap saat dan ketika… telah saya lalui pengalaman ini sejak dari menjadi seorang lagi… moga ada istiqamah dlm sifat2 ini..aamiin
Laju air mata saya jatuh baca artikel ni..yaALLAH ….betul tu…kadang2 kita rasa hidup kita ni dah habis2 susah..tapi ada yang susah lagi…semoga kita berpeluang dpt tolong menolong sesama kita….
Inilah contoh terbaik..keikhlasan n belas kasihan..smoga doktor ini diberkati n dirahmati Allah dunia akhirat..aamiin..
Alhamdulillah..semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..
Alhamdulillah…Semoga Allah memberi rahmat kpd Doctor.
Syukur Alhamdulillah kerana telah diberi peluang utk bersedekah. Tanpa kita sadari, kita sebenarnya yg memerlukan pahala bersedekah itu dan Allah Yang Maha Penyayang telah membuka peluang itu utk kita.
Hopefully there are other human beings follow your kind gesture and more needy people are helped!! God bless you!!!
Menitis air mata…begitu payah rasanya utk menelan air liur..mungkin ramai lg saudara kita di luar sana yg mengalami nasib yg sama.Alhamdulillah.syukur dgn niikmat dan rezeki yg Allah pinjamkan.Buat Tuan Doktor, moga Allah melimpahi rahmat-Nya ke atas tuan.Moga kita semua sentiasa dirahmati-Nya.
The joy of giving….syabas doc
you are the man..semoga diberkati Allah
Tak rugi sebenarnya bersedekah…makin kita memberi…allah akan balas juga dalam pelbagai bentuk rezeki lain…contohnya kesihatan…kelapangan hidup…kegembiraan..kerahmatan…alah..macam2 lagilah…rasanya semua pernah rasa nikmat bersedekah…
Duit yg kita dapat bukan semestinya kita punya sebenarnya…ada yang menunggu untuk dikongsi bersama…
Tahniah pada insan ini…moga lebih ramai lagi buat begitu…
Satu individu can do so much much goodness imagine what can a prihatin official or a goverment… Much much more achievement and goodness it can do…wow…
Alhamdulillah. Mulia hati Tuan Doktor. Moga ahli politik yang bercakap macam tong kosong dapat mencontohi Doktor. Juga moga menjadi tauladan kepada insan lain yang berkemampuan untuk membantu insan lain yang kesempitan.
Saya menemui beratus-ratus kes begitu…paling mengharukan pabila mereka semua pesakit-pesakit cancer. Terbiar dalam kemiskinan…tiada pembelaan.
Saya tubuhkan NGO Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh. Kami bantu kes begini. Bukan 1 kes…beratus-ratus kes. Kerana ada kebimbangan…takut akidah mereka terpaling…
Mana saudara se Islam ku?
Jika berkesempatan ….layari fb Mahawa Pilus. Page Sedekah Subuh…logo bulat berwarna hijau…
Jom join kami untuk membantu lebih ramai orang…
Doktor…Sedekah Subuh ada wakil di Melaka. Saya juga orang Melaka. Saya turun ke Melaka seminggu sekali… boleh berhubung dengan kami.
Kisah simple je. tp sangat menyentuh perasaan aku. tetiba bergenang airmata aku. semoga akak dan doktor dimurahkan rezeki yg bpanjangan aminn
Semoga Doktor dan akak tu dipermudahkan jalan hidupnya di dunia dan akhirat. dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah..aamiin..
Saya mohon share Doktor di website sy http://www.kongxie.blogspot.my..
Ya Allah… memang rase sayu….