Nasihat buat individu yang hina Islam

Isu yang tular di media sosial sejak akhir-akhir ini sudah tentu menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan umat Islam yang mengambil berat tentang kesucian agamanya.

Setiap orang Islam yang prihatin dengan agamanya sudah tentu tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih dan marah apabila melihat ada dalam kalangan kita yang bertindak menghina, mempersenda dan memalukan agama Islam di depan khalayak ramai.

Perbuatan sebegini jelas menunjukkan wujudnya kecelaruan dari segi cara berfikir sehingga bertindak melampaui batas.

Orang yang benar-benar cintakan agamanya tidak akan sanggup membiarkan agamanya dipersendakan dan ditertawakan oleh orang lain.

Nasihat daripada saya kepada mereka yang berkenaan, segeralah bertaubat dan mohonlah keampunan daripada Allah SWT. Sesungguhnya perbuatan sedemikian hanyalah akan memalukan serta merugikan diri sendiri di kemudian hari.

Pada masa yang sama, marilah sama-sama kita membimbing mereka yang berkenaan agar kembali ke jalan yang benar dengan penuh sabar dan berhikmah. Kita juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang yang sedia ada dalam negara kita dan menyelesaikanya dalam kerangka perundangan.

Semoga Allah SWT mengurniakan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua.

SAHIBUS SAMAHAH DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts