NAZIM Samarahan pupuk budaya solat dhuha dalam kalangan kanak-kanak

1-1

 

KOTA SAMARAHAN – “Sekurang-kurangnya apabila adik-adik datang program NAZIM, adik-adik akan menunaikan solat sunat dhuha bersama-sama paling tidak sebulan sekali”, ujar Ustazah Nuraini Salleh, Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Samarahan.

Ustazah Nuraini membuat penyertaan tersebut selepas bertanyakan kepada anak-anak NAZIM Samarahan tentang kekerapan mereka menunaikan solat sunat dhuha. Majoriti anak-anak yang terlibat tidak biasa melakukan ibadah sunat dhuha sendirian di rumah. Dengan menyertai program ini, mereka mampu melatih diri untuk solat sunat dhuha dengan menunaikannya secara berjemaah bersama peserta-peserta lain.

Dalam program ini juga, Ustazah Nuraini menerangkan beberapa kesalahan yang lazim dilakukan dalam solat. Antaranya ialah kesalahan dalam sujud. Ramai dalam kalangan muslim bersujud dalam keadaan yang salah. Antara kesalahannya adalah tidak meletakkan jari kaki dalam posisi yang betul. Penerangan yang diberikan turut disertakan dengan sesi praktikal dalam kalangan anak-anak NAZIM ini merupakan satu usaha bagi memudahkan pemahaman peserta dengan cara solat yang betul.

Program bersempena cuti sekolah yang telah diadakan di Masjid Desa Ilmu itu adalah bertujuan untuk memastikan peserta yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak dalam lingkungan usia 7-12 tahun dapat menguasai perbuatan dan pembacaan dalam solat dengan betul.

Turut hadir ke program tersebut adalah ketua NAZIM cawangan Samarahan, Cikgu Raja Nurul Huda binti Raja Ibrahim dan Norlia binti Salleh, Setiausaha Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma cawangan Samarahan. – Ismaweb

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts