Negara haram Israel ambil alih 193 dunum tanah Palestin

 

RAMALLAH– Negara penjajah Israel mengumumkan akan mengambil alih 193 dunum atau kira-kira 48 ekar tanah Palestin di kampung Deir Dibwan, di timur Ramallah dekat Tebing Barat yang diduduki.

Ketua kampung, Mansour Mansour berkata, rampasan tanah dilakukan bagi meluaskan penempatan haram Yahudi.

Beliau berkata, sebuah peta yang baru-baru ini diterbitkan oleh Israel menunjukkan seluas 193 dunum tanah di  kampung Rammun yang berdekatan, telah diambil alih oleh negara haram itu atas tujuan sama.

Tegasnya, dasar penyitaan tanah akan terus ditolak oleh rakyat Palestin, yang akan melakukan apa sahaja untuk menghentikan rampasan tanah.

Kira-kira 7,000 penduduk Yahudi tinggal di penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki telah melanggar undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva Keempat yang melarang penempatan penjajah di negara yang dijajah. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts