Negara haram Israel lakukan dasar apartheid terhadap rakyat Palestin

 

NEW YORK– Kumpulan pemerhati antarabangsa hari ini menuduh negara pengganas Israel menjalankan dasar apartheid dan penganiayaan terhadap rakyat Palestin dan minoriti Arabnya yang lain.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) menerbitkan laporan setebal 213 halaman mengatakan, pihaknya tidak berniat untuk membandingkan Israel dengan era apartheid Afrika Selatan, melainkan untuk menilai ‘sama ada tindakan dan polisi tertentu’ merupakan apartheid sebagaimana yang ditentukan di bawah undang-undang antarabangsa.

Kementerian Luar Israel bagaimanapun menolak dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai ‘tidak masuk akal dan tidak benar’.

Kementerian turut menuduh HRW – yang berpusat di New York – menyimpan ‘agenda anti-Israel’, mengatakan kumpulan itu telah berusaha ‘selama bertahun-tahun untuk mempromosikan boikot terhadap Israel’.

Dalam laporannya, HRW berkata, sekatan Israel terhadap pergerakan rakyat Palestin dan penyitaan tanah milik mereka untuk penempatan orang Yahudi di wilayah yang diduduki dalam perang Timur Tengah 1967, sebagai contoh dasar yang dikatakannya jenayah apartheid dan penganiayaan.

“Di seluruh Israel dan (wilayah Palestin), pihak berkuasa Israel mengejar niat untuk mempertahankan penguasaan ke atas rakyat Palestin dengan menjalankan kawalan ke atas tanah dan demografi untuk kepentingan orang Yahudi Israel,” kata laporan itu.

“Atas dasar itu, laporan membuat kesimpulan bahawa para pegawai Israel telah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan apartheid dan penganiayaan,” seperti yang didefinisikan di bawah Konvensyen Apartheid 1973 dan Statut Rom 1998.

Beberapa minggu lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengumumkan akan menyiasat jenayah perang di Tebing Barat yang dijajah Israel dan Semenanjung Gaza. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts