Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu menteri Kabinetnya fasa ketiga perang Gaza akan mengambil masa enam bulan.
Penyiar awam Israel, KAN memetik Netanyahu sebagai berkata, ia akan mengambil masa enam bulan untuk tentera menyelesaikan fasa ketiga perang, yang sudah pun bermula di utara Semenanjung Gaza.
Menurut Perdana Menteri Israel, fasa pertama pengeboman udara di Semenanjung Gaza mengambil masa tiga minggu.
“Dan seperti yang kami katakan bahawa bahagian kedua gerakan besar-besaran akan berlangsung selama tiga bulan dan begitulah ia.
“Ini adalah bagaimana kami mengatakan bahawa bahagian ketiga untuk mewujudkan kawalan akan berlangsung selama enam bulan,” katanya dipetik KAN.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 25,490 rakyat Palestin terbunuh sejak serangan maut Israel, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala 63,354 cedera.
Serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus daripada infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah.- Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM