IPOH – Normal baharu berkaitan ibadah akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19) dilaksanakan mengikut kesepakatan ulama berdasarkan rujukan yang dibuat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, setiap perbuatan normal baharu yang dilihat bercanggah dengan dengan Islam seperti penjarakan dalam solat berjemaah sebenarnya sudah dibahaskan para ulama.
Menurutnya, kesemua normal baharu tersebut diambil menerusi pandangan pelbagai pihak seperti Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Muzakarah Fatwa Negeri dan fatwa-fatwa di peringkat antarabangsa.
“Jadi bagi saya, secara umum mungkin ada yang bercanggah tapi bukanlah apa yang kita buat ini mesti dipanggil satu pendapat sahaja, pendapat lain tak boleh, bukan begitu. Jadi ini kita perlu tengok berdasarkan maslahah.
“Kerajaan akan lihat dari pelbagai sudut tindak tanduk pemerintah terhadap rakyat mesti diikat dengan maslahah,” katanya kepada media selepas merasmikan Nadwah Penyelarasan Sekretariat NGO Dakwah Islam Perak di Hotel Casuarina @ Meru di sini hari ini.
Normah Hanum menerima sijil pengiktirafan sebagai Ikon Rumah Ngaji Negeri Perak daripada Zulkifli sempena Nadwah Penyelarasan Sekretariat NGO Dakwah Islam Perak di Hotel Casuarina @ Meru di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas video tular pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang menjelaskan bahawa normal baharu bercanggah dengan syariat Islam.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin; Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Zulazlan Abu Hassan dan Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin.
Dalam pada itu, katanya, dakwah tidak harus tertumpu kepada bukan Islam semata-mata sebaliknya perlu diperkasa dalam kalangan umat Islam sendiri.
“Penekanan dakwah terhadap umat Islam perlu dibuat terhadap masalah yang dilihat seperti remeh, namun memberi impak yang besar.
“Antara yang penting adalah seperti dakwah keluarga mithali, dakwah untuk menyediakan anak-anak cemerlang, dakwah melahirkan masyarakat yang benar-benar prihatin dan.
Sementara itu, pada majlis berkenaan juga Zulkifli turut menyampaikan Anugerah Ikon Rumah Ngaji Negeri Perak yang diterima Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datin Normah Hanum Ibrahim. – Sinar Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)