Normalisasi Israel: Arab Saudi tegas tak ikut jejak UAE

 

BERLIN – Arab Saudi menegaskan, negara itu tidak akan mengikut jejak langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mengadakan perjanjian normalisasi dengan negara haram Israel.

Keputusan berkenaan adalah muktamad sehingga negara Yahudi itu bersetuju menandatangani perjanjian damai yang diiktiraf Palestin.

Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan perjanjian antara Israel dan UAE untuk menormalkan hubungan.

UAE adalah negara Teluk pertama dan negara Arab ketiga yang membentuk hubungan diplomatik dengan Israel selepas Mesir dan Jordan.

Walaupun ada laporan mendakwa kesepakatan itu menghentikan rancangan Israel memperluaskan penjajahan di Tebing Barat, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan komitmen Tel Aviv untuk meneruskannya.

Sementara itu, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan yang menerima tekanan dari AS menafikan negara itu akan mengikut langkah Abu Dhabi, selagi isu Palestin tidak diselesaikan.

Beliau berkata, keamanan perlu dicapai dengan penduduk Palestin berdasarkan prinsip perjanjian antarabangsa sebagai satu syarat menormalkan hubungan dengan Israel.

“Sejurus ia dicapai semua perkara adalah munasabah (dilakukan),” katanya ketika melakukan lawatan ke Berlin, Jerman.

Kenyataan itu adalah reaksi pertama negara beraja itu, sejak UAE mencapai persetujuan itu dengan Israel.

Pada masa sama, Putera Faisal mengulangi kritikannya terhadap rancangan biadab Israel bagi meluas dan menambah penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang didudukinya.

Beliau menyifatkannya sebagai haram, selain menegaskan bahawa tindakan itu menjejaskan penyelesaian dua buah negara dalam konflik Palestin. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts