OIC kecam Israel cabuli hak rakyat Palestin

ISTANBUL – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat mengecam tindakan Israel yang berterusan mencabuli hak asasi rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Jumaat.

OIC memberi amaran mengenai kesan buruk yang akan timbul akibat dasar pendudukan Israel itu pembersihan etnik dan mengusir penduduk Palestin.

Rejim itu berusaha untuk mengubah identiti sejarah dan status undang-undang Baitulmaqdis Timur dan memisahkannya dari Palestin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan OIC.

OIC turut mengutuk tindakan rejim zionis yang menghalang rakyat Palestin memasuki Masjid al-Aqsa.

Ratusan rakyat Palestin dihalang daripada memasuki Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat subuh.

Undang-undang antarabangsa menganggap Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sebagai wilayah yang diduduki dan menganggap semua kegiatan pembinaan penempatan Yahudi di sana adalah haram.

Kira-kira 650,000 penceroboh tinggal di 164 penempatan dan 124 kawasan di Tebing Barat, termasuk di Baitulmaqdis Timur yang diduduki. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts