- Pada hari jumaat ini perbanyakkanlah berselawat. Mereka yang banyak berselawat akan diampunkan dosa mereka. Perkara ini direkodkan dalam sebuah hadis Nabi yang menceritakan tentang kisah Saidina Ubai bin Ka’ab yang bertanya kepada Rasulullah tentang berapa banyak selawat yang seharusnya di ungkapkan ke atas Baginda Nabi.
- Saidina Ubai bertanya kepada Rasulullah:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلاَةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلاَتِي؟
“Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyak berselawat ke atasmu. Berapa banyak aku harus berselawat kepadamu dalam doaku? Lalu Rasulullah bersabda: Terserah kepadamu wahai Ubai.
- Ubai menyebutkan beberapa bilangan dan Rasulullah hanya menjawab: Terserah kepadamu. Sehinggalah di hujung dialog tersebut Ubai bertekad untuk menjadikan seluruh doanya mengandungi selawat kepada Baginda Nabi. Lalu Rasulullah bersabda:
إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
“Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” (HR al-Tirmizi – dinilai Hasan)
- Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah. Allah dan para malaikat turut mengucapkan selawat ke atas Nabi. Selawat bukan sahaja menjadikan kita lebih dekat dengan Rasulullah, bahkan dosa kita berupaya di ampunkan.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
sumber gambar: Mstar
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam: