KAHERAH – Palestin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan satu resolusi meminta Amerika Syarikat (AS) menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Desakan itu dibuat berikutan Palestin mendapati, resolusi itu berkemungkinan sukar mendapat kelulusan ekoran AS merupakan antara lima anggota majlis berkenaan yang mempunyai kuasa veto.
Usaha mendapatkan resolusi dibuat selepas Mesyuarat Liga Arab di Mesir semalam dan Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Turki Rabu ini.
Seramai 14 daripada 15 anggota majlis berkenaan mengutuk pengistiharan Trump.
Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul-Gheit berkata, apa yang dilakukan Trump bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Malah katanya, ia menimbulkan persoalan tentang usaha AS menyokong penyelesaian secara aman antara Palestin dan Israel.
“Perubahan dasar AS menjejaskan keyakinan negara-negara Arab terhadap pentadbiran Trump kerana tindakannya juga bagaikan mengesahkan tindakan Israel menduduki wilayah Palestin,” katanya.
Justeru, Liga Arab menegaskan mereka bersedia menolak sebarang resolusi daripada Majlis Keselamatan yang menyokong dasar baharu AS itu. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)