Palestin isu aqidah dan agama bukan sekadar kemanusiaan

Isu Palestin hangat kembali pada tahun ini apabila pihak mujahidin Briged Al-Qassam dengan rakaman audio komander tertinggi mereka, Muhammad Dheif melancarkan perang yang dinamakan Taufan Al-Aqsa ke atas Israel.

Seperti biasa Umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang menyokong Palestin setiap kali isu ini bangkit. Demonstrasi di sana sini dan seruan boikot barangan Israel kembali kedengaran. Hal ini tidak lain tidak bukan kerana kita Umat Islam sudah mengalir isu Palestin ini dalam darah daging kita. Kesakitan saudara kita di sana dirasai kerana mereka adalah saudara seakidah kita, bukan hanya kerana mereka manusia, tetapi kerana aqidah mereka.

Namun,apa yang berlaku pada hari ini, satu kekeliruan yang berlaku adalah mengatakan mempertahankan Palestin atas dasar kemanusiaan. Mengapa saya mengatakan ini adalah satu bentuk kekeliruan? Adakah perjuangan para anbiya, para sahabat mempertahankan bumi Palestin sekadar membela rakyat dari sudut kemanusiaan?

Adakah para mujahidin di Palestin berjuang bermati-matian untuk mengorbankan diri dan keluarganya semata?

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: “لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ”. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: “بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ” – رواه الإمام أحمد

Daripada Abi Umamah Al-Bahili RA meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda, “Akan sentiasa wujud daripada umatku, sekumpulan yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walaupun dipinggirkan dan dirintangi kesusahan, melainkani semua itu hanyalah  ujian, sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian”. Sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya.”

Hadis ini jelas membuktikan bahawa wajib Umat Islam berjuang mempertahankan Palestin untuk menegakkan kebenaran dan berhadapan dengan musuh. Perjuangan Palestin adalah perjuangan pembebasan. Ini adalah tanggungjawab kita semua. Hadis ini difahami oleh Saidina Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayyubi yang menjadikan mereka hero perjuangan pembebasas Palestin dalam sejarah Umat Islam.

Perjuangan mereka di zaman sekarang ini diwarisi oleh para pejuang Palestin daripada Hamas dan Briged Al-Qassam. Objektif mereka adalah untuk menegakkan kembali kalimah tauhid di bumi barakah ini, bukan semata-mata objektif kemanusiaan.

Tuntasnya, isu mempertahankan Palestin adalah isu besar Umat Islam dan membela pejuangan saudara kita terutama di Gaza yang sanggup mengorbankan diri, keluarga dan harta demi menjaga maruah dan tanah Umat Islam dari dirobek oleh para penjajah Yahudi mahupun Israel. Umat Islam di Malaysia sejak puluhan tahun menjiwai perkara ini. Palestin adalah isu aqidah bagi Umat Islam.

Hari ini, kita dikejutkan dengan larangan bertakbir dan mencela pemimpin Israel dalam demonstrasi menyokong Palestin oleh pihak penganjur. Sudah tentu kita semua terkejut kerana seakan-akan apa yang kita fahami selama ini salah. Tiba-tiba sahaja suara menyokong Palestin sengaja dilunakkan untuk menutup objektif sebenar perjuangan membebaskan Palestin. Menyempitkan isu Palestin hanya kepada isu kemanusiaan semata-mata adalah langkah sumbang yang tidak dapat diterima oleh akal manusia dan fitrah seorang Muslim.

Ustazah Nur Anis bt Bahrin

Penyelidik Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts