RAMALLAH – Rakyat Palestin mengecam percubaan Amerika Syarikat (AS) untuk membubarkan salah satu agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyediakan bantuan kepada beberapa juta pelarian Palestin.
Majalah Foreign Policy yang berpangkalan di AS melaporkan, Penasihat Presiden Donald Trump, Jared Kushner telah mengumumkan untuk membubarkan agensi itu.
Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, menyifatkan rancangan baru yang diumumkan Kushner sebagai penerusan plot subversif untuk menghapuskan masalah di Palestin.
Sementara itu, penasihat Mahmoud Abbas, Nabil Shaath, hari ini berkata, pengumuman itu menunjukkan pentadbiran Trump sengaja menolak fakta-fakta mengenai Palestin, dan mengiktiraf semua tuntutan Israel.
Di bawah pentadbiran AS, Trump telah membekukan beratus-ratus juta dolar bantuan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).
Trump membuat keputusan itu susulan penolakan Palestin untuk berbicara dengan pentadbirannya setelah ia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)