Palestin perlu kepada tindakan bukan kata-kata semangat

  1. Ada seseorang tag saya untuk mendengar ucapan Perdana Menteri di persidangan Apec. Sebelum itu pun saya sudah membaca pujian sebilangan terhadap ucapan tersebut. Saya cuba dengar ucapan tersebut tetapi audionya tidak begitu jelas. Ada orang kata ucapannya tegas.
  2. Komen saya secara ringkas:

i. Fasa sekarang adalah fasa penghapusan etnik. Yang berlaku sekarang adalah genocide dengan menggunakan segala jenis senjata; klasik dan moden. Juga dengan memusnahkan segala-gala yang menjadi sumber kehidupan penyambung nyawa; menghalang bekalan minyak sehingga ambulan tidak boleh bergerak, meletupkan hospital supaya tiada rawatan boleh diberikan, memutuskan bekalan elektrik dan air, menghadkan kemasukan makanan pada kadar yang tidak mencukupi dan hanya terbatas di selatan Gaza.

ii. Di fasa ini, yang diperlukan adalah tindakan dan bukan kata-kata. Kalau Barat terus menerus membekalkan senjata dan tentera tanpa henti, adakah kata-kata berapi pemimpin umat Islam boleh dianggap sebagai tindakan yang sepadan? Adakah kata-kata berapi yang diiringi dengan sorak kekaguman boleh menghentikan angka pembunuhan yang meningkat setiap hari?

iii. Sudah tiga kenyataan dari Wisma Putra dikeluarkan tentang isu Palestin-Israel. Kesemuanya, termasuk satu lagi kenyataan bersama Malaysia, Indonesia dan Brunei terus kekal dengan penyelesaian sempadan pra 1967. Memberikan hak kepada Israel untuk bersempadan dengan ‘Palestin’ adalah pengiktirafan kepada penjajahan dan memberikan ruang kepada Israel untuk terus membuli Palestin. Apabila Wisma Putra berulang kali menyebut formula penyelesaian itu, saya sudah sampai kepada keyakinan bahawa kerajaan tidak faham pun apa isu Palestin sebenarnya.

iv. Saya bertanya kepada pegawai di Wisma Putra tentang ucapan Saifudin berkenaan isu mengeluarkan penduduk Gaza, jawapannya tidak jelas. Jadi itu menimbulkan satu tanggapan bahawa pendirian kerajaan dalam isu Palestin tidak difahami pun oleh pegawai di Wisma Putra.

  1. Bilangan kematian semakin meningkat. Peranan rakyat sudah hampir mencapai silingnya. Peranan kerajaanlah yang akan mengubah senario. Kerajaan perlu bertindak dan bukan berkata-kata. Tolonglah baca 9 tuntutan Gspp kepada kerajaan yang sudah kami panjangkan ke Wisma Putra.

Wallahu a’lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts