Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara P4l35t1n dan Jordan pada 10 September depan.
Perlawanan pusingan ketiga bagi Zon Asia itu dijadual berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur selepas ditawarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Persatuan Bola Sepak P4l35t1n (PFA) sebelum itu mencari lokasi yang sesuai untuk dijadikan gelanggang neutral susulan peperangan di G4z4 sejak Oktober tahun lalu.
“Ia satu penghormatan cukup besar buat Malaysia kerana menjadi negara yang diberikan kepercayaan oleh P4l35t1n untuk menjadi gelanggang neutral.
“FAM akan memberikan sokongan dan bantuan sepenuhnya kepada PFA sepanjang pasukan kebangsaan P4l35t1n berada di negara ini, menurut FAM.
Sumber: FB FAM, TvPertiwi